Resepi Ayam Goreng Berlado

Resepi Ayam Goreng Berlado
Resepi Ayam Goreng Berlado

Resepi Ayam Goreng Berlado

Ayam Goreng Berlado, resepi yang mudah je nak sediakan. Rasanya sangat sedap dan memang boleh bertambah2 kalau makan. Che Nom gunakan semua cili merah dalam penyediaan resepi ni supaya dapat hasilkan  ayam Goreng berlado versi sambal merah.

Ada 3 rasa yang dominan pada masakan ni iaitu pedas, masam dan sedikit manis..supaya dapat seimbangkan dengan kepedasan cili yang kita gunakan.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk kisar kasar:
    • 4-5 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 10 biji cili merah besar
    • 6 biji cili padi merah
  • Bahan-bahan untuk lain:
    • 1/2 ekor ayam
    • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
    • 1/2 sudu kecil garam
    • Minyak secukup nya utk menggoreng
    • 1 batang serai
    • 2-3 sudu besar air asam jawa
    • 2 biji tomato
    • 2 helai daun limau purut
    • Gula secukup rasa
    • Garam secukup rasa
    • 1 biji bawang besar

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk sambal:
    1. Hiris kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia, cili merah besar dan cili padi.
    2. Kemudian masukan dalam chopper dan kisar kasar.
  2. Cara-cara untuk ayam:
    1. Hiris kasar tomato.
    2. Potong membulat bawang besar.
    3. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
    4. Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak kemudian ketepikan.
    5. Tinggalkan dua senduk minyak masak dalam kuali tadi.
    6. Panaskan minyak dan masukan serai yang telah ditumbuk ke dalam kuali.
    7. Masukan bahan kisar kasar tadi dan tumis sehingga cili masak layu.
    8. Tambah pati asam jawa.
    9. Masukan tomato dan daun limau purut.
    10. Masukan gula dan garam.
    11. Bila semuanya dah layu, masukan kesemua ayam goreng tadi.
    12. Akhir sekali tambah hirisan bawang besar.

Tip:

  • Serai yang nak digunakan perlulah diketuk dahulu supaya aroma serai dapat dikeluarkan.
  • Kacau dengan kerap cili ketika menumis supaya cili tak hangus dan warna sambal tidak bertukar perang.

Resepi Mee Kari sempoi

 

Resepi Ayam Goreng Berlado


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid tempelak Mahathir  – “ Melayu Sokong UMNO bukan kerana insentif tetapi kerana sudah sedar “

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker