Resepi Ayam Masak Kicap Bersama Kentang

Resepi Ayam Masak Kicap Bersama Kentang
Resepi Ayam Masak Kicap Bersama Kentang

Resepi Ayam Masak Kicap Bersama Kentang

Ayam Masak Kicap Bersama Kentang yang sangat sedap rasanya. Dalam resepi ni, kita masukkan kentang yang digoreng terlebih dahulu, dengan cara ini rasa kentang lebih manis dan sedap. Kuah ayam masak kicap juga lebih pekat dan menyelerakan.

Bahan-bahan:

  • 2 biji kentang
  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • 2 sudu besar cili kisar
  • kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji bawang holland ATAU bawang besar
  • daun bawang
  • Bahan-bahan untuk tumbuk halus:
    • 4 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia

Cara Penyediaan:

  1. Kupas kulit kentang, potong kepada wedges dan gaul dengan sedikit garam. Panaskan minyak. Goreng sehingga bahagian luar keperangan. Angkat dan toskan
  2. Gaulkan ayam yang dipotong kecil bersama sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak.
  3. Keluarkan sedikit minyak gorengan ayam (jika banyak), tinggalkan dalam kuali anggaran 1 senduk. Tumis bahan-bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan ayam, kacau rata dan kemudian masukkan kicap manis secukupnya, anggaran 1/2 mangkuk kecil.
  5. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Masak sehingga ayam lembut dan meresap kicap.
  6. Masukkan tomato, lada sulah dan bawang holland. Kacau sekejap sehingga layu.
  7. Hias dengan taburan daun bawang.

Tip:

  • Tidak perlu lagi masukkan garam atau gula kerana bahan-bahan yang dimasukkan sudan mempunyai cukup rasa masin dan manisnya. Tetapi, anda boleh rasa dulu, jika perlu boleh masukkan secukup rasa.

Daging Masak Kicap Dan Kentang

Resepi Ayam Masak Kicap Bersama Kentang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid tempelak Mahathir  – “ Melayu Sokong UMNO bukan kerana insentif tetapi kerana sudah sedar “

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker