Treler terbabas, trafik sesak 4 km

Ipoh: Sebuah treler muatan kayu terbabas di Kilometer 265 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, selepas Terowong Menora dekat sini.

Ia mengakibatkan berlaku kesesakan lalu lintas sejauh kira-kira empat kilometer (km).

Menurut Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Trafik memaklumkan terdapat kemalangan treler di laluan berkenaan.

“Semua lorong masih terhalang, trafik terhenti dan kini sesak 4.2 km sebelum masuk ke terowong ke Ipoh Utara.

“Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dengan melalui susur keluar Kuala Kangsar,” katanya.

Difahamkan, ketika ini kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan dijalankan di lokasi.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker