UMNO Shah Alam Tetap Berjuang Demi Rakyat

PRU15 Tanpa DUN Selangor, UMNO Shah Alam Tetap Berjuang Demi Rakyat – Azhari

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari berkata keputusan kerajaan Selangor tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak mematahkan semangat parti untuk terus berjuang malah menjunjung perkenan Baginda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap perkara tersebut.

Ini kerana katanya, bagi kerusi Parlimen Shah Alam dan lain-lain Parlimen di negeri ini, Pilihan Raya Umum  (PRU) 15 tetap berjalan mengikut ketetapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ada atau tidak pilihan raya DUN, kita tetap berjuang untuk kepentingan rakyat sebagai fokus utama.



“Kepada ahli UMNO Bahagian Shah Alam perjuangan untuk memenangi kerusi Parlimen mahupun DUN Kota Anggerik dan Batu Tiga tetap diteruskan walaupun pelbagai halangan yang menduga.

“Teruskan perjuangan kita demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu Sultan Selangor berkenaan supaya pentadbiran kerajaan Selangor dikekalkan dan tidak membubarkan DUN sehingga hujung tahun bagi PRU 15.

UMNO Online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button