ADUN Sungai Tiang letak jawatan serta-merta

SUNGAI PETANI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob mengumumkan peletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah berkuatkuasa serta-merta.

Suraya yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, dan Tenaga negeri sejak empat penggal pada 2004, mengumumkan peletakkan jawatan melalui satu kenyataan yang diedarkan kepada media sebaik selesai mesyuarat exco di diadakan di Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, pada Khamis.

Melalui kenyataan tersebut, beliau merakamkan penghargaan kepada barisan exco serta kepimpinan kerajaan negeri Kedah, semua jabatan dan agensi kerajaan yang selama ini memberikan kerjasama erat bagi memastikan pelaksanaan dasar kerajaan negeri direalisasikan.

© Sinar Harian 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker