Banjir: 47 mangsa masih berada di PPS



KUALA LUMPUR: Setakat jam 8 pagi tadi, seramai 47 individu daripada 15 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka dan Sarawak.

Portal Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan di Jasin, Melaka seramai 14 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat di Kampung Seri Mendapat.

Sementara di Miri Sarawak, 28 mangsa banjir daripada lapan keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Bekenu manakala lagi lima mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Masyarakat Sepupok Niah di Batu Niah.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker