Bayern benam Plzen, mara ke kelompok 16 terakhir

PLZEN, Republik Czech: Dua gol Leon Goretzka memberi inspirasi kemenangan 4-2 Bayern Munich mengatasi Viktoria Plzen dalam Liga Juara-Juara awal pagi tadi yang membawa skuad dari Jerman itu ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Bayern, yang menang aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada setiap edisi sejak empat musim lalu, kini mengetuai Kumpulan C dengan 12 mata daripada empat aksi.

Kemaraan mereka ke kelompok 16 terakhir disahkan menerusi keputusan seri 3-3 antara Barcelona dan Inter Milan dalam satu algi aksi peringkat kumpulan.



“Apabila anda adalah pasukan pilihan, untuk menang adalah sukar,” kata jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann.

“Kami ada 12 mata, kami berada di kelompok 16 terakhir, sudah tentu kami gembira.”

Dibelasah 5-0 oleh Bayern seminggu lalu, Plzen mendapati mereka sekali lagi ketinggalan selepas hanya 10 minit di Republik Czech.

Sadio Mane bermain satu dua dengan Goretzka untuk menewaskan pertahanan Plzen dan tiada masalah menewaskan penjaga gol, Jindrich Stanek.



Nagelsmann membuat enam perubahan daripada pertemuan pertama mereka, menggunakan Joshua Kimmich dan Thomas Mueller yang tidak bermain sebelum ini kerana jangkitan COVID-19.

Mueller menjaringkan gol kedua Bayern pada minit ke-14 dengan tampanan mudah selepas menerima hantaran Kingsley Coman.

Goretzka meledak gol ketiga selepas mendapat hantaran rendah Mueller pada minit ke-25.

Sepuluh minit kemudian, Goretzka sekali lagi mengatasi Stanek selepas menerima hantaran sempurna Leroy Sane.



Plzen mendapat gol pertama menerusi Adam Vlkanova pada minit ke-62 dan berbaki 15 minit, Jan Kliment meledak kemas hasil hantaran Libor Holik.

Plzen bagaimanapun tersingkir daripada kejohanan ini.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button