BN Mesti Gerakkan Pasukan Media Mulai Sekarang Sekiranya Mahu Menang PRU 15

BN Mesti Gerakkan Pasukan Media Mulai Sekarang Sekiranya Mahu Menang PRU 15

Penulis tertarik dengan pandangan yang diberikan oleh bekas perunding komunikasi mantan Perdana Menteri, DS Najib Razak, Romen Bose.

Bose mendakwa UMNO dan sekutunya di dalam BN kembali melakukan kesilapan yang sama dilakukan ketika menghadapi PRU 14 pada tahun 2018.

Bose mendakwa pasukan media BN masih lagi dilihat lesu dan tidak efektif dalam menangkis serangan lawan dan mempromosikan BN.



Sejujurnya mesti kita akui, ketika kempen PRU 14 pada tahun 2018, pasukan media BN dilihat memandang remeh serangan dan fitnah yang dilakukan PH di dalam media sosial.

Fakta yang kukuh untuk menyokong hujah tersebut ialah BN tewas di hampir semua saluran anak muda ketika PRU 14.

Penulis tidak mengatakan pasukan media BN tidak bergerak langsung, diakui terdapat pelbagai usaha telah dilakukan, tetapi persoalannya, sejauh mana keberkesanannya?

Sebagai contoh, dalam menjawab isu 1MDB dan GST, sejauh mana penerangan yang dilakukan oleh pasukan media BN memberikan kesan kepada rakyat berbanding PH?



Dalam PRU 15, akan ada penambahan seramai 5.8 juta pengundi dalam pendaftaran automatik.

Di mana seramai 1.2 juta orang berusia antara 18 ke 20 tahun.

Baca di sini:

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/jumlah-pengundi-baru-21-1-juta/

Persoalannya, bagaimanakah cara yang terbaik dan berkesan untuk memberikan maklumat yang tepat kepada mereka?

Gunakan Strategi Yang Betul Dan Berkesan Untuk Mendekati Pengundi Muda

Majoriti pengundi muda dan pengundi baru ini tidak menggunakan media konvensional untuk mendapatkan maklumat.

Mereka akan lebih berminat untuk mendapatkan maklumat terkini melalui media sosial.

Tetapi jangan lupa, mereka tidak ada masa atau berminat untuk membaca penerangan yang panjang lebar dan terlalu teknikal.

Mereka akan mendengar kepada penjelasan yang ringkas dan padat.

Seperti poster yang menarik dan juga video klip yang berdurasi antara 2 hingga ke 5 minit.

Pengundi muda ini juga tidak akan berminat untuk mendengar ceramah politik yang memakan masa lebih dari satu jam.

Kita mesti memahami jiwa muda mereka yang cepat bosan.

Cara yang terbaik adalah memastikan semua lebih dari 19,000 cawangan UMNO di seluruh negara memainkan peranan sepenuhnya.

Penerangan UMNO di peringkat pusat boleh menyediakan poster atau video pendek.

Dan ianya hendaklah di hantar kepada semua 191 UMNO Bahagian di seluruh negara dengan segera.

UMNO Bahagian pula boleh menghantar kepada semua cawangan di bawah mereka.

Ini dapat memastikan setiap konten yang diterima dari ibupejabat dapat disebarkan seluas-luasnya.

Penulis yakin, cawangan dan bahagian UMNO di seluruh Malaysia mempunyai maklumat penduduk di kawasan mereka.

Tanpa mengira penyokong parti mana, konten yang diperolehi mestilah dipastikan di terima oleh setiap penduduk di kawasan mereka.

Sama ada melalui media sosial atau yang bercetak.

UMNO dan BN mesti memulakannya sekarang kerana dijangka kali ini tempoh berkempen adalah singkat.

Sekiranya tidak dilakukan secara berkesan dan sistematik, kita bimbang, sekali lagi UMNO/BN akan mengalami waktu sukar selepas PRU 15 nanti.

 

BN Mesti Gerakkan Pasukan Media Mulai Sekarang Sekiranya Mahu Menang PRU 15

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker