Enggan di patuk Ular sama di lubang sama kali ke3, Anwar tolak Kerjasama dengan Mahathir
Oleh Adam Malik
Dalam keadaan desperado Mahathir membuat kenyataan bahawa dia tiada masalah Kerjasama dengan Anwar dan Parti Keadilan Rakyat , namun katanya Anwar yang akan tolak tawaran Kerjasama itu.
Iya benar, jika sudah kena tipu dua kali, siapa pun akan menolak.
Siapa pun tidak mahu kena patuk ular yang sama di lubang yang sama buat kali ke3.
Sedangkan di patuk oleh ular yang sama dilubang sama kali kedua pun sudah dikira bodoh apa lagi buat kali ke3.
Anwar Ibrahim sudah hampir mencapai jawatan Perdana Menteri Ketika menjadi Timbalan Presiden UMNO, namun Mahathir ujudkan kes Liwat 1.0 dengan bekas pemandu Anwar , ia itu Azizan , lalu terpadam lah mimpi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
“So near , yet so very far” untuk Anwar.
Kemudian pada PRU14 dalam keghairahan Pakatan Harapan mahu menjatuhkan Najib Razak dan Barisan Nasional, Mahathir telah menawarkan diri dan sokongan nya kepada Pakatan Harapan.
Dengan perjanjian ini, termeterai bahawa Mahathir sekadar menjadi Perdana Menteri hanya dua tahun sahaja dan akan menyerah jawatan itu kepada Anwar.
Namun , Mahathirada lah Mahathir , akibat cuba mengelak Anwar menjadi Perdana Menteri , maka Mahathir meyerahkan jawatan itu kepada Istana.
“The rest is history”.
Maka , dikala PKR mendapat 47 kerusi Parlimen (UMNO 54) pun Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri apakah kali ini dengan Kerjasama lagi sekali dengan Mahathir Anwar ada peluang?
Bgaimana pula dengan Muhyiddin, Shaeefie Apdal dan Mahathir sendiri hendak jadi Perdana Menteri, mana hendak letak Anwar?
Maka, apabila Mahathir membuat tawaran Kerjasama Anwar terus ucapkan “Thanks , but no thanks”.
Anwar nampaknya enggan dipatuk oleh ular yang sama dilubang yang sama buat kali ketiga.