Lekas ditutup sementara Sabtu, Ahad ini untuk acara berbasikal

Kuala Lumpur: Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) akan ditutup sementara kepada semua lalu lintas mulai jam 5 petang Sabtu ini hingga 4 pagi keesokannya (Ahad) sempena edisi ketujuh acara berbasikal malam, ‘RHB Lekas Highway Ride 2022’.

Ketua Pegawai Eksekutif Lekas, Wan Salwani Wan Yusoff berkata, penutupan jalan bermula dari Persimpangan Kajang Selatan hingga ke Persimpangan Paroi dengan sejumlah 19 persimpangan akan ditutup bagi memastikan kelancaran dan keselamatan bagi 5,618 peserta.

Dalam kenyataan malam ini, katanya, anggaran trafik pada tempoh penutupan selama 11 jam itu membabitkan 40,000 kenderaan.



Bagi laluan alternatif, pengguna dari arah utara (Kuala Lumpur, Cheras, Kajang) dan arah selatan (Seremban, Senawang dan Kuala Pilah) dinasihatkan menggunakan Jalan Persekutuan 1 atau Lebuhraya Utara Selatan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button