Lewandowski selamatkan Barca

BARCELONA, SPAIN – OCTOBER 12: Robert Lewandowski of FC Barcelona celebrates after scoring their team’s second goal during the UEFA Champions League group C match between FC Barcelona and FC Internazionale at Spotify Camp Nou on October 12, 2022 in Barcelona, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

BARCELONA: Robert Lewandowski meledak dua gol lewat bagi menyelamatkan Barcelona daripada tersingkir awal dalam Liga Juara-Juara selepas seri 3-3 berdepan Inter Milan di Camp Nou awal pagi tadi.

Penyerang Poland itu menyamakan kedudukan buat skuad Xavi Hernandez 2-2 pada minit ke-82 dan sekali lagi 3-3 pada penghujung perlawanan menerusi tandukan selepas Robin Gosens meletakkan kelab Itali itu di depan berbaki seminit permainan.

Nasib Barcelona dalam Liga Juara-Juara kini tidak lagi berada dalam tangan mereka dan boleh tersingkir buat kali kedua berturut-turut pada peringkat kumpulan jika Inter Milan menang di laman sendiri bertemu Viktoria Plzen pada 26 Oktober.

Berdepan prospek sekali lagi tersingkir awal akan menjadi ancaman besar buat skuad dari Catalan yang berharap pemain dibeli mereka pada musim panas termasuk Lewandowski dari Bayern Munich boleh kembali meletakkan mereka antara pasukan elit Eropah.

“Ada kesilapan daripada kami malam ini, perlawanan dalam tangan kami, kami laluinya di Munich, kami melaluinya di Milan, begitu juga hari ini, di sini,” kata Xavi.

“Kami bergantung pada pasukan lain untuk mara. Itu kesilapan kami, kerana itu kami perlu meningkat. Itulah realitinya. Proses peningkatan itu perlukan masa lebih lama di Eropah berbanding apa yang kami rasakan.

“Ada lagi kejohanan, La Liga, Copa del Rey, Super Copa. Kami perlu terus bertahan, percaya.”

“Mereka tidak cukup bagus pada babak kedua, itulah kesilapan jurulatih,” kata Xavi.

“Apabila anda seri di laman sendiri dengan penyokong seperti ini, dengan suasana seperti ini, ia kesilapan saya. Saya marah. Saya rasa kejohanan ini, masih lagi kejam terhadap kami.”

Tandukan Lewandowski menyelamatkan Barcelona daripada penyingkiran namun masa depan depan mereka masih tidak menentu.

“Saya rasa Barca ialah pasukan hebat dengan juruatih yang hebat. Masalahnya ialah Barca bertemu Inter dalam perlawanan ini, Inter yang berada pada tahap sebenar, teratur, keazaman tinggi,” kata jurulatih Inter, Simone Inzaghi.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker