Risiko banjir bersifat sementara , berbanding risiko dapat kerajaan tidak stabil rakyat susah Lima tahun

Oleh Adam Malik.

Ada pula pihak tertentu menyatakan banjir akan membawa maut dan menyusahkan rakyat , hatta jika PRU diadakan di musim banjir maka nyawa rakyat akan dalam bahaya.

Ada Benar juga , kenyataan diatas.

Namun beberapa faktor lebih terang dan jelas boleh membidas kenyataan di atas.

Kerajaan yang tidak bagus dan tidak stabil misal nya kerajaan 17 bulan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tanpa banjir pun ramai rakyat mati bunuh diri dan kibar bendera putih.

Atau kerajaan Mahathir 22 bulan , tanpa banjir pun rakyat kena ikat perut dan 17 ,000 kena buang kerja.

Ini kerana kerajaan dipimpin oleh kumpulan gagal dari kerajaan sisa2 Pakatan Harapan.

Maka Malaysia menjadi salah satu negara di dunia yang istiyar darurat yang paling panjang dalam sejarah yang akibatkan ramai rakyat tertekan dan hilang pekerjaan dan ramai mati bunuh diri.

Perniagaan banyak di tutup kerana tersilap pilih kerajaan.

Selain itu ramai juga rakyat mengibar bendera putih hasil Tindakan kerajaan yang tidak cekap membuat keputusan.

Negara lain juga ada PKP dan Covid-19 tetapi telah menananginya dengan lebih baik dari negara kita.

Kerajaan kita telah membelanjakan wang sebegitu banyak pada waktu darurat sekitar RM600 bilion.

Ada pula suara2 nakal menyatakan darurat ini ‘brainchild’ penyamun untuk menggunakan wang rakyat tanpa perlu menjawap di Parlimen.

Berbalik pada isu diatas , maka, risiko harungi banjir untuk PRU hanya risiko kecil sahaja berbanding risiko dapat kerajaan yang tidak stabil yang tidak dapat membuat dasar dan polisi baik untuk membantu rakyat.

Tema Barisan Nasional  untuk PRU15 “Kestabilan dan kemakmuran” sangat releven dengan keadaan hari ini.

Ini kerana hari ini kerajaan yang menteri2 nya enggan memberi Kerjasama kepada Perdana Menteri dari parti lain atas sebab jika PM itu cemerlang , maka sukar untuk berkempen melawan parti PM itu pada PRU15 kerana “track record” nya baik.

Maka, jadilah seperti hari ini , masing2 dari parti lain cuba jatuh menjatuhkan satu sama lain sambil menteri2 nya menikmati gaji “perks and benefits” puluhan ribu.

Jika pada pilihanraya lalu pihak yang sama bermain dengan isu 40,000 Bangla , maka sama juga lah dengan hari ni mereka mencipta momokan baru bahawa banjir akan membunuh ramai rakyat.

Sebenar nya, yang ditakuti ada lah kalah.

PRU15 ketiadaan faktor seperti PRU14.

Maka  ‘panic’ melanda kerana apa2 janji manifesto tidak dipercayai lagi oleh rakyat , sambil itu fitnah skala mega seperi 1MDB sudah tiada.

Sambil itu juga, banyak wang telah lesap dalam pemerintahan 22 bulan dan 17 bulan.

Semua belum sempat disiasat lagi.

Maka, pihak lawan BN terasa diri mereka tanpa senjata untuk hadapi BN.

Lantas isu “banjir’ dicipta untuk membuat rakyat benci BN.

Rakyat harus ingat , tersilap pangkah adalah risiko besar kepada ekonomi, agama dan negara dan bersifat lama dan kekal tidak seperti banjir, ia hanya bersifat seentara sahaja.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker