Skuad hoki mampu bawa berita gembira di Piala Dunia

Kuala Lumpur: Prestasi skuad hoki lelaki negara dilihat semakin mantap, sekali gus mampu membawa ‘berita gembira’ apabila beraksi di Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India dari 13 hingga 29 Januari tahun depan.

Keyakinan itu disuarakan Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Dr S Shamala yang melihat prestasi Malaysian Tiger mempamerkan peningkatan positif terutama selepas menimba ilmu di bumi Eropah.

Shamala mengakui, barisan pemain dan kejurulatihan pastinya mendapat input amat berguna dalam persediaan walaupun tewas 0-7 kepada pasukan nombor dua dunia, Belgium.

“Ini adalah satu langkah bagus, sama seperti kita bertemu pasukan No 1 dunia, Australia sebelum pergi ke Piala Asia 2022 (di Jakarta, Indonesia pada Mei lalu) dan muncul naib juara.



“Bukan sahaja dari segi keputusan, tetapi pendedahan diberi dan keberanian untuk menghadapi pasukan kuat adalah sangat bagus. Prestasi pun bagus kecuali kalah 0-7 dengan Belgium.

“Mungkin kita perlu lebih belajar taktik atau strategi negara Eropah sebab Perancis pun sangat kuat sekarang. Namun, kita berjaya menang dengan Perancis dalam aksi terakhir,” katanya.

Shamala berkata, saingan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak awal bulan depan boleh dijadikan sebagai kayu pengukur tahap kemampuan pasukan negara dalam rangka persiapan ke Piala Dunia.

Menurutnya, sudah pastinya, skuad hoki lelaki negara akan menghadirkan keputusan positif apabila beraksi di Piala Sultan Azlan Shah di hadapan penyokong sendiri kelak..



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker