Gaya baharu Ronaldo raikan gol `inner peace’ jadi ikutan

LONDON: Cristiano Ronaldo membuat kejutan apabila melupakan gaya sambutan ikoniknya ‘Siuuu’ selepas menjaringkan gol ke-700 di peringkat kelab ketika menentang Everton pada hujung minggu lalu.

Gaya terbaharu yang dipamerkannya susulan gol pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sudah ditiru.

Berbanding gaya sambutan ‘Siuuu’ yang menjadi ‘trademark’ pemain kebangsaan Portugal itu, Ronaldo berdiri dengan mata tertutup dan menyilangkan jarinya di depan dadanya.



Ronaldo baru sahaja mengamalkan gaya baharu itu pada malam Ahad, tetapi ia sudah pun ditiru dalam perlawanan lain.

Pemain muda Benfica, Diego Moreira meniru gerakan “inner peace” itu selepas menjaringkan gol menentang Paris Saint-Germain dalam Liga Belia UEFA awal pagi kelmarin.

Pemain sayap berusia 18 tahun itu memejamkan mata dan menyilangkan jari di hadapan dadanya ala Ronaldo selepas berjaya meledak gol.



Peminat pantas memuji pengaruh Ronaldo dalam bola sepak selepas pemain muda Moreira meniru gayanya.

Seorang menulis di Twitter: “Ya Tuhan, sudah ada pemain meniru gaya meraikan gol Ronaldo.”

Seorang lagi berkata: “Pemain paling berpengaruh pernah dilahirkan.”

Seorang lagi menambah: “Tidak hairan dia dipanggil GOAT (pemain terbilang sepanjang zaman).”



Keputusan Ronaldo untuk meninggalkan gaya sambutan ikoniknya itu amat mengejutkan selepas dia melakukannya ketika menjaringkan gol menentang Sheriff bulan lalu.

Gol Liga Europa itu adalah satu-satunya golnya musim ini sebelum meledak gol kemenangan 2-1 ke atas Everton.

Dia tampil dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol di Goodison Park selepas kecederaan dialami penyerang dari Perancis, Anthony Martial.

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button