Ini Kali Kita “All Out” – Presiden UMNO

Ini Kali Kita “All Out” – Zahid Hamidi

UMNO/Barisan Nasional (BN) sedar antara punca gabungan parti itu tewas PRU14 pada 9 Mei 2018 disebabkan pengaruh media sosial.

Media sosial telah dipergunakan seguna-gunanya oleh lawan sebagai senjata memfitnah dan memburuk-burukkan UMNO/BN.

Serangan ke atas UMNO/BN secara atas talian telah pun bermula seawal ledakan internet di Malaysia.



Bermula dengan emel berantai dan kemudian kewujudan SMS menjadi saluran utama menyerang BN saban hari.

Tetapi saya yakin rakyat Malaysia hari ini semakin bijak dalam menilai pelbagai dakyah yang disalurkan kepada mereka di media sosial.

Mereka sudah boleh tahu dan mula berkira-kira antara fakta dan dusta, pembohongan dan kebenaran.

Namun saya tetap menyeru seluruh jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN tidak lagi berdiam diri dan berlengah.



Kita perlu memanfaatkan media sosial sebagai platform menyalurkan maklumat yang tepat tentang UMNO/BN.

Memperkasakan parti keramat ini dengan fakta dan kebenaran, mencantas kebatilan dan tipu daya pada kos paling minima.

UMNO/BN mungkin tiada peruntukkan khusus sehingga lebih RM40 juta untuk tujuan itu.

Saya yakin dengan keikhlasan dan semangat perjuangan seluruh jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN kita mampu.

Ini kali kita ‘all out’.

#BarisanNasional #UMNO #UMNOSebuahPerjuangan #UmnoBangkit #UmnoDuluKiniDanSelamanya

ZAHID HAMIDI

TKUB Putrajaya Hilang Keyakinan Keputusan MKT Umno

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker