Jodie Comer dinobatkan wanita tercantik di dunia

Bibir hanya tiga peratus kurang daripada markah penuh 100 peratus manakala lebar hidung dianggap paling terletak, wanita tercantik di dunia 2022, Jodie Comer memiliki 94.52 peratus tepat menerusi Nisbah Emas Kecantikan Phi sekali gus menyingkirkan supermodel Bella Hadid dan Zendaya.

Aktres berusia 26 tahun itu mendahului senarai berikutan pemetaan daripada pakar bedah kosmetik profesional, meninggalkan Zendaya di tempat kedua dan model, Bella Hadid di tempat ketiga.

Kejelitiaan wajah diukur menerusi formula khas yang dibangunkan oleh saintis iaitu Golden Ratio. Teknik itu bermula sejak zaman purba dan telah digunakan untuk mengukur kesempurnaan fizikal.

Ia mengira bentuk muka yang sempurn, termasuk saiz dan kedudukan bibir, hidung, dagu dan garis rahang.

The Sun mendedahkan Comer memiliki ciri paling hampir sepadan dengan nisbah ideal.

Senarai sepuluh teratas telah disusun oleh pakar bedah klinik Harley Street, Dr Julian De Silva, yang menggunakan pemetaan muka digital.

Wanita lain dalam senarai sepuluh teratas termasuk penyanyi Beyoncé, Ariana Grande, selebriti realiti TV, Kim Kardashian dan bintang Squid Game, HoYeon Jung.

Taylor Swift, Jourdan Dunn dan Deepika Padukone antara yang menduduki tanga 10 teratas.

Mendedahkan hasil pemetaan yang dilakukan, Dr Julian De Silva berkata elemen fizikal aktres kelahiran Liverpool, England itu hampir sempurna.

”Beliau mempunyai bacaan keseluruhan tertinggi untuk kedudukan hidung dan bibirnya, dengan skor 98.7 peratus hanya 1.3 peratus daripada bentuk yang sempurna.

10 wanita tercantik 2022

1: Jodie Comer – 94.52 peratus
2: Zendaya – 94.37 peratus
3: Bella Hadid – 94.35 peratus
4: Beyoncé – 92.44 peratus
5: Ariana Grande – 91.81 peratus
6: Taylor Swift – 91.64 peratus
7: Jourdan Dunn – 91.39 peratus
8: Kim Kardashian – 91.28 peratus
9: Deepika Padukone 91.22 peratus
10: HoYeon Jung – 89.63 peratus

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker