Mahathir Calon PM Untuk PH 2.0, Gabungan PH, PN Dan GTA

Mahathir Calon PM Untuk PH 2.0, Gabungan PH, PN Dan GTA

Mahathir Calon PM Untuk PH 2.0, Gabungan PH, PN Dan GTA

Gabungan Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan Gerakan Tanah Air sedang memasang perangkap kepada Barisan Nasional.

Sekiranya Barisan Nasional tidak berhati-hati membaca strategi politik mereka, Barisan Nasional pasti akan terperangkap dan memasuki PRU 15 dengan keadaan yang terlalu yakin.

PH, PN dan GTA cuba memberikan gambaran bahawa mereka sedang bertelagah dan tidak ada sefahaman untuk menjalankan kerjasama dalam menghadapi PRU 15.



Namun hakikatnya adalah jauh berbeza dengan apa yang sedang digambarkan oleh mereka.

Mereka sebenarnya sedang di fasa terakhir untuk mengumumkan kerjasama di antara mereka untuk membentuk Pakatan Harapan 2.0.

Cuba kita lihat kenyataan terbaru dari Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin.

Muhyiddin secara jelas memberitahu PPBM sedia untuk berkerjasama dengan Pejuang.



Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-bersatu-sedia-bekerjasama-dengan-pejuang-385704

Kenyataan Muhyiddin itu adalah sebagai respon dari kenyataan Pejuang yang sedia berkerjasama dengan PPBM untuk menumbangkan BN.

PH 2.0 Akan Di Umumkan Dengan Penjenamaan Semula

Ini bermaksud akan berlaku kerjasama antara PN dan GTA kerana PPBM adalah parti tunggak PN dan Pejuang adalah parti tunggak di dalam GTA.

Dan juga jangan kita lupa, sebelum kenyataan menjalinkan kerjasama antara Pejuang dan PPBM, Dr Mahathir sudah memberikan kerjasama antara GTA dan PH.

Malah Pengerusi Pakatan Harapan juga sudah menyatakan kesediaan mereka untuk berkerjasama.

Ini bermaksud sudah ada kesefahaman untuk PH, PN dan GTA untuk kembali berkerjasama.

Dan untuk rekod, PN dan GTA adalah gabungan parti serpihan dari gabungan parti-parti politik di dalam Pakatan Harapan.

Sebaik sahaja persetujuan kerjasama ini diumumkan, maka dengan secara rasminya akan terbentuk Pakatan Harapan 2.0 yang akan cuba menumbangkan BN dalam PRU 15.

Persoalan yang paling besar adalah, apakah rakyat akan melupakan apa yang telah mereka lakukan dalam 22 bulan ketika PH berkuasa dan 17 bulan ketika PN berkuasa?

Apa pun nama yang mereka gunakan.

Sama ada dalam membentuk komponen baharu atau menjenamakan semula gabungan baharu, hakikatnya mereka adalah dari Pakatan Harapan.

Inilah muka-muka yang telah menipu rakyat melalui manifesto bukan kitab suci di dalam PRU 14.

Inilah juga muka-muka yang telah mengurung rakyat selama 17 bulan sehingga beribu rakyat Malaysia membunuh diri akibat tertekan.

Dan kepada muka-muka inikah kita akan serahkan kembali mandat untuk berkuasa semula?

Untuk apa?

Untuk kita disiksa hingga menderita untuk 5 tahun lagi???

 

Mahathir Calon PM Untuk PH 2.0, Gabungan PH, PN Dan GTA

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker