Puteri Khareeza gagal raih undian penonton

Salah diri sendiri, Kurang aktif di media sosial 

Puteri Khareeza gagal raih undian penonton

Puteri Khareeza gagal raih undian penonton
Puteri yakin telah membuat persembahan terbaik untuk minggu suku akhir.

PERTAMA kali berada di kedudukan tiga tercorot sepanjang bertanding di pentas Big Stage 2023 (BS2023), penyanyi Puteri Khareeza memberitahu ia adalah kesilapan dirinya sendiri yang gagal menambat undian penonton meskipun persembahannya mendapat pujian juri.

Puteri atau Puteri Aszfaryna Khareeza Arif, 25, berkata, tindakannya yang kurang aktif di media sosial memberi kesan sehingga membuatkan namanya tersenarai tiga peserta tercorot pada minggu suku akhir yang berlangsung pada malam Ahad.

“Minggu suku akhir saya kalah dari sudut undian penonton. Mungkin salah diri sendiri juga kerana kurang aktif di media sosial.



Puteri Khareeza gagal raih undian penonton
Puteri kurang mendapat undian penonton.

“Berbanding peserta lain, mereka sering berkongsi sesuatu di laman sosial untuk menarik perhatian penonton. Ini adalah satu pengajaran buat saya media sosial sangat penting,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Puteri Khareeza yang pada awalnya tersingkir pada peringkat suku akhir berkata, dia tidak dapat menahan air mata apabila dua juri BS2023 iaitu Ajai dan Aina Abdul bersetuju agar tiada penyingkiran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

GERAKAN hanya ‘pencacai’ PN di N.Sembilan




“Agak ralat kalau tersingkir sebab saya sudah buat yang terbaik. Juri tetap pun berpuas hati dengan persembahan dan saya nampak ada peningkatan pada diri sendiri.

“Jadi apabila Ajai dan Aina umumkan tiada penyingkiran, itu yang membuatkan saya sebak. Apatah lagi ketika berada di atas pentas itu terdengar rakan-rakan lain memanggil nama saya,” katanya.

Agak ralat kalau tersingkir sebab saya sudah buat yang terbaik. – PUTERI KHAREEZA

PENYANYI

Pada acara yang berlangsung di Dewan MBSA Shah Alam itu, nama Puteri Khareeza terlebih dahulu diumumkan tersingkir selepas gagal mendapat undian tinggi dari penonton berbanding dua lagi peserta di kedudukan tiga terbawah iaitu Firdaus Rahmat dan Hoondoo.

Puteri yang menyampaikan lagu berjudul Doktor Cinta (nyanyian asal Dewi Dewi) memperoleh markah sebanyak 76 peratus daripada juri.



Pada malam suku akhir itu juga Aina menyifatkan persembahan Puteri adalah yang terbaik berbanding minggu terdahulu.

Puteri Khareeza gagal raih undian penonton


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah

Puteri Khareeza gagal raih undian penonton

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button