Nahas Putrajaya: Pemandu treler didakwa di mahkamah Isnin ini

Nahas Putrajaya: Pemandu treler didakwa di mahkamah Isnin ini

Nahas Putrajaya: Pemandu treler didakwa di mahkamah Isnin ini
Pemandu treler yang terbabit dalam insiden rempuhan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya Rabu lalu. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan 14 kenderaan dan mengorbankan dua nyawa di Kilometer (KM) 5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya akan dihadapkan ke mahkamah Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada pendakwa raya dan reman terhadap suspek dilanjutkan dua hari lagi dan suspek akan terus dibawa ke Mahkamah untuk pertuduhan Isnin ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan, suspek berusia 29 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan 14 kenderaan termasuk sebuah motosikal polis trafik, Rabu lalu.

Dalam kemalangan pada jam 10.15 pagi itu, treler berkenaan melanggar barisan kenderaan yang sedang berhenti di laluan terbabit menyebabkan dua penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemandu treler itu tidak mempunyai rekod kesalahan trafik dan ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya didapati negatif.

Nahas Putrajaya: Pemandu treler didakwa di mahkamah Isnin ini

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker