Penyatuan Umah PAS  adalah menolak saf besar dan pilih saf kecil.



 

Oleh Adam Maik

PAS telah melaksanakan mandat melalui kekendak Majlis Syuranya untuk memilih pasangan pilihanraya.

Ini boleh dianggap keputusan Tahlul Siyasi PAS.

Walaupun Nampak PAS sebagai parti berpaksi agama Islam , namun Tindakan PAS berpaksi politk sahaja.



Bukan politik Islam tetapi politik keduniaan berbaju Islam.

Kiraan PAS hanya kerusi , jawatan dan kedudukan , bukan atas kebaikan penganut agama Islam.

Dalam PAS perguna ayat Quran dan hadis, PAS juga pernah duduk dibawah Parti DAP beberapa Ketika atas terma Tahlul Siyasi.

Bemakna cukup ada syarat PAS boleh lakukan apa sahaja, tambah lagi ditambah garam dan gula berbalut ayat Quran dan hadis.



Maka tidak hairan ramai rakyat dan netizen menggelar PAS “penunggang agama”.

Dulu PAS kafirkan semua orang sebab dalam banyak2 ayat perintah dalam Quran , PAS pilih Hudud.

Ini kerana Hudud boleh jadi senjata lawan UMNO.

PAS tidak pilih kebajikan, kesejahteraan , bantu fakir, tingkat ekonomi orang Islam , tetapi pilih hudud sebagai perjuangan.



Maka sebab PAS pilih hukuman hudud maka PAS merasakan dia terlebih Islamik dari pihak lain.

Tapi kemudian nya PAS pilih untuk bersama DAP yang jelas menolak hukuman hudud, bukan setakat hukuman hudud bahkan agama Islam pun DAP anggap setara dengan agama lain.

Namun , PAS tetap terima DAP dalam terma “Tahaluf Siyasi’.

Dengan panggilan berbunyi Arab maka umat Islam susah hendak bertelagah dengan PAS.



Kini , PAS telah memutuskan bahawa mereka akan bersama Parti Bersatu dalam Perikatan Nasional dan menolak Muafakat Nasional (MN).

PAS telah memilih saf lebih kecil dan lebih baru dari memilih saf yang lebih besar dan lebih lama ujudnya.

Menolak 3 juta umat Islam dalam UMNO  lebih baik pada kiraan PAS dari menolak entah berapa kerat umah dari Parti Bersatu.

Apa pun itu hak PAS.

UMNO nampaknya sememang sudah jangka dengan keputusan PAS lebih awal lagi.

Maka itu sebab UMNO menyebut “Go Solo” lebih awal dan mengambil sikap jika PAS hendak gabung sila kan jika tidak pun tidak mengapa.

UMNO sangat faham gerak geri Haji Hadi dan Takiyuddin dan kerja belakang tabir mereka bersama Parti Bersatu dan apa hasrat Bersatu terhadap UMNO.

Maka, kini tumpuan UMNO fokas kepada “Kerajaan yang membawa “Kestabilan dan Kemakmuran’ .

Rakyat akan rugi jika tidak memilih Barisan Nasional.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker