Taiwan buka semula pintu sempadan kepada pelancong asing

Taiwan buka semula pintu sempadan kepada pelancong asing

Taiwan buka semula pintu sempadan kepada pelancong asing

TAIPEI: Taiwan membuka semula pintu sempadannya kepada pelancong asing selepas menamatkan perintah kuarantin yang ketat sejak pandemik Covid-19 bermula.

Lapor Al Jazeera, para pelancong yang tiba di negara itu tidak perlu lagi menjalani kuarantin atau melakukan ujian PCR buat kali pertama dalam tempoh lebih dua tahun.



Pihak berkuasa Taiwan mengalu-alukan kumpulan pertama pelancong asing yang tiba dengan penerbangan dari Bangkok.

Kumpulan pelancong asing itu tiba sejurus selepas tengah malam dan disambut di lapangan terbang antarabangsa utama Taiwan dengan kalungan bunga.

Ketua Pengarah Biro Pelancongan Chang Shi-chung menyifatkan langkah kerajaan itu mampu `menghidupkan semula dan membina pelancongan rentas sempadan’.

Taiwan antara negara terakhir yang menamatkan kuarantin wajib selain China yang berpegang pada dasar sifar Covid-19 yang ketat.



Jepun dan Hong Kong baru-baru ini menamatkan sekatan sempadan berkaitan pandemik sebagai sebahagian usaha untuk memulihkan industri pelancongan negara yang terjejas.

Para pelancong yang mengunjungi wilayah separa autonomi itu dikehendaki menjalani pengasingan selama tiga hari selepas pihak berkuasa pada awal tahun ini mengurangkan tempoh kuarantin daripada 10 hari dan kemudian tujuh hari.

Di bawah peraturan sempadan baharu, pelancong masih lagi diwajibkan memantau kesihatan mereka selama tujuh hari dan mengambil ujian pantas antigen.

Enggan di patuk Ular sama di lubang sama kali ke3, Anwar tolak Kerjasama dengan Mahathir



Taiwan buka semula pintu sempadan kepada pelancong asing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Enggan di patuk Ular sama di lubang sama kali ke3, Anwar tolak Kerjasama dengan Mahathir



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button