Tom Yam Thai Campur

Tom Yam Thai Campur
Tom Yam Thai Campur

Tom Yam Thai Campur

Che Nom kongsi kali ini adalah sejenis tom yam yang berkuah merah pedas atau “nam Khon” berbanding satu lagi jenis Tom Yam Thai yang berkuah putih atau “nam sai”.

Dalam resepi ini kita masukkan susu cair dan akar ketumbar sebagai bahan utama penambah aroma. Juga kalau diikutkan cara orang Thai masak, mereka gunakan air rebusan ayam atau seafood sebagai bahan utama kuah tom yam, tetapi oleh kerana tidak ada air rebusan ayam Che Nom masukkan kiub ayam sebagai ganti, tidak ada sebarang  masalah.

Selamat mencuba 🙂

Bahan-bahan:

  • Bahan-Bahan untuk Rebusan A:
    • air secukupnya
    • Akar ketumbar
    • 2 inci lengkuas
    • 4-5 helai daun limau purut
    • 2 batang serai
    • cili padi, hiris atau tumbuk kasar
    • 1 ketul kiub ayam
  • Bahan-Bahan untuk Rebusan B:
    • karot
    • 1 mangkuk isi ayam
    • bawang holland
    • 3 sudu besar pes tom yam
    • cendawan tiram
    • tomato
    • 3 sudu besar sos ikan
    • 3 ekor sotong
    • 7-8 ekor udang besar
    • 1/4 cawan susu cair
    • jus limau nipis dari 4 biji limau
    • hirisan daun ketumbar, untuk tabur
    • 1 mangkuk kecil isi ayam

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan-bahan rebusan A sekaligus ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan pula karot diikuti isi ayam, bawang holland, pes tomyam, cendawan tiram yang diracik halus, tomato, sos ikan, sotong, udang dan susu cair.
  3. Kacau seketika tetapi jangan lama kerana takut udang dan sotong terlebih masak. Anggaran 30 saat sahaja.
  4. Masukkan jus limau nipis dan terus tutup api. Jus limau tidak boleh dimasak terlalu lama kerana nanti rasanya akan menjadi tidak enak.
  5. Taburkan dengan hirisan daun ketumbar sebagai penambah aroma dan hiasan.

Tip:

  • Bahan-bahan yang digunakan untuk tom yam haruslah segar kerana ia akan mempengaruhi rasa tom yam nanti. Pastikan seafood juga segar dan tidak berbau.
  • Untuk rasa lebih pedas, anda boleh tambah cili paste Thai, atau lebihkan cili padi di dalam kuah tom yam mengikut cita rasa masing-masing.

Sambal Nasi Lemak Berkuah

Tom Yam Thai Campur


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Enggan di patuk Ular sama di lubang sama kali ke3, Anwar tolak Kerjasama dengan Mahathir

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker