Ujian sebenar Barca, Real pada Ahad ini

Madrid: Pencapaian menyedihkan Barcelona di Eropah membayangi kecemerlangan di peringkat domestik dan mereka akan berkunjung ke Real Madrid, Ahad ini, yang juga perlawanan kemuncak El Clasico dalam LaLiga.

Barca yang ditambah baik dengan kehadiran penyerang baharu, Robert Lewandowski, menang tujuh aksi LaLiga berturut-turut dan berkongsi kedudukan teratas dengan 22 mata bersama Real yang juga juara Sepanyol dan Eropah.

Bagaimanapun, keputusan kurang memberangsangkan pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menjejaskan mereka selepas seri 3-3 dengan Inter Milan, hari ini, menyebabkan mereka hampir tersingkir di peringkat kumpulan buat kali kedua berturut-turut.

Barca hanya menang sekali daripada empat perlawanan kumpulan UCL dan jika Inter menang ke atas kelab kerdil, Viktoria Plzen pada perlawanan berikutnya, bermakna kelab Catalans itu akan tersingkir.



Sekiranya tersingkir sekali lagi di peringkat kumpulan, ia akan memberi tamparan hebat kepada kewangan Barcelona, selepas ahli lembaga pengarah terpaksa menjual saham dan hak penyiaran televisyen.

Sebagai sebahagian bajet tahun ini yang dikemukakan pada Ahad lalu, ahli lembaga pengarah menjangkakan Barca mara ke suku akhir UCL dan menang gelaran LaLiga.

Tetapi kini, Barcelona berdepan kerugian 40 juta euros (RM181.38 juta) daripada segi pendapatan sekiranya tersingkir di UCL.

Ahad ini, mereka akan berdepan Real Madrid yang sudah melangkah ke pusingan kalah mati UCL ketika berbaki dua lagi perlawanan peringkat kumpulan selepas seri 1-1 dengan Shakhtar Donetsk pada Selasa lalu.



Anak buah Carlo Ancelotti yang belum tewas pada musim ini, memulakan misi dengan gelaran berganda selepas memenangi UCL dan LaLiga.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker