WebTVAsia salur RM20,000 kepada keluarga arwah Adibah Noor

Hasil bidaan NFT filem Juang

WebTVAsia salur RM20,000 kepada keluarga arwah Adibah Noor
Kakak kepada Allahyarham Adibah Noor iaitu Noor Abidah Mohd Omar menerima sumbangan bagi pihak adiknya.

WebTVAsia salur RM20,000 kepada keluarga arwah Adibah Noor

KELUARGA pelakon Allahyarham Adibah Noor menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM20,000 hasil bidaan Non-Fungible Token (NFT) ketika tayangan perdana filem Juang pada Ogos lalu.

Sumbangan itu diserahkan kepada wakil keluarga arwah iaitu Noor Abidah Mohd Omar yang juga kakak kepada pelakon dan penyanyi itu ketika Majlis Apresiasi Filem Juang yang berlangsung baru-baru ini.

Adibah, 52, meninggal dunia pada 18 Jun lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara akibat kanser ovari.

WebTVAsia salur RM20,000 kepada keluarga arwah Adibah Noor
Semua penerima bergambar kenangan bersama pihak WebTVAsia.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WebTVAsia yang juga penerbit bersama filem Juang, Fred Chong berkata, sebanyak tujuh edisi terhad reka bentuk Juang NFT ditawarkan untuk dibida yang mana WebTVAsia berjaya menerima jumlah bidaan sebanyak RM40,000.

Menerusi bidaan itu kata Fred, pihaknya berharap dapat meningkatkan sektor kreatif Malaysia melalui inisiatif digital NFT sebagai pemangkin kepada peluang komersial dan penjenamaan baharu kepada pekerja industri di masa akan datang.

“Mengambil Apresiasi Juang NFt sebagai projek perintis pertama, WebTVAsia percaya dan yakin lebih banyak kerjasam dapat diwujudkan dan memberi impak lebih besar dan positif, bukan sahaja kepada industri kreatif tetapi menyediakan penjagaan dan bantuan untuk menyokong bagi pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Malaysia,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Filem Juang bukan sahaja mengisahkan tentang pengorbanan pejuang barisan hadapan dan semangat dalam memerangi Covid-19, tetapi ia juga karya amal NFT pertama di Malaysia yang menyalurkan semua hasilnya kepad beberapa buah badan kebajikan.

JUANG_NFT_Ceremony_012

Thrive Well Sdn Bhd menerima RM10,000.

Sementara itu, selain Adibah, WebTVAsia turut menyerahkan RM10,000 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Thrive Well yang juga selaku penerbit filem Juang selain The Hope Branch yang diasaskan oleh pelakon dan pelawak Harith Iskander.

Thrive Well dan The Hope Branch juga aktif dalam menjaga kebajikan golongan yang terkesan sepanjang pandemik.

Sebanyak 450 koleksi reka bentuk NFT eksklusif yang menampilkan pelakon utama Juang termasuk Zizan Razak, Zul Ariffin, Janna Nick, Jack Lim, Sangeeta Krishnasamy, Haoren dan banyak lagi yang dijual kepada orang ramai.

Semua hasil jualan NFT berkenaan akan didermakan kepada pertubuhan amal Thrive Well dan The Hope Branch.

WebTVAsia Perkenal Bintang Muda Baharu, Ahirine Ahirudin

WebTVAsia salur RM20,000 kepada keluarga arwah Adibah Noor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Enggan di patuk Ular sama di lubang sama kali ke3, Anwar tolak Kerjasama dengan Mahathir

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker