Fadhli serah kerusi Pasir Mas kepada GTA?

PAS 'serah balik' jika PN bersama GTA?

Oleh – Bakhtiar Omar


Fadhli Shaari serah kerusi Pasir Mas kepada GTA?

Parlimen Pasir Mas, Kelantan diwakili Ahmad Fadhli Shaari – PAS, bakal jadi tumpuan sekiranya bekas wakilnya, Ibrahim Ali mahu bertanding pada PRU15 mewakili GTA (Gerakan Tanah Air).



Walaupun pintu rundingan antara Perikatan Nasional dan GTA masih terbuka, pengundi sudah boleh memikirkan siapakah paling sesuai mewakili mereka di Parlimen kelak.

Presiden Putra yang bernaung di bawah GTA itu pastinya mahukan kerusi yang sesuai dengan kedudukan beliau.

Pernah mewakili Pasir Mas sejak 1986-1995 dan pada 2008-2013, nama Ibrahim Ali yang sinonim dengan gelaran ‘katak’ nampak lebih yakin di bawah jenama GTA.

“Ya apa-apalah kemungkinan, dulu pun saya dah jumpa Mahathir, Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) datang tempat saya selalu maknanya kalau itu, tetapi ke hadapan ini saya kurang pastilah sama ada mereka ada fikir hal sama atau pun tidak begitu,” – Muhyiddin Yassin – 27 Ogos 2022



Ahmad Fadhli Shaari menang bergaya dengan majoriti 13,075 undi pada 2018 mengambil alih Pasir Mas dari Nik Abduh yang menang pada 2013 dengan majoriti 8,047 undi.

PAS yang kekal bersama Perikatan Nasional dijangkakan ‘terpaksa’ mengorbankan beberapa kerusi sekiranya PN dan GTA berkerjasama dalam PRU15.

Perikatan Nasional (PN) berkata pihaknya akan meneliti keputusan berhubung kerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) pimpinan Dr Mahathir Mohamad bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU). – Pengerusi Perikatan Nasional – 14 Oktober 2022

Walaupun dijanjikan 47 kerusi oleh PPBM selaku teraju utama PN, PAS juga perlu menimbangkan persaingan sengit lebih dari 3 penjuru kali ini.



Kemungkinan PAS tidak dapat menolak akan memberi lebih ruang kepada PPBM untuk mendapat kerusi ‘menang’, PAS akan dipaksa bergelut dengan saingan Pakatan Harapan di kawasan bukan pilihan PPBM.

Fadhli serah kerusi Pasir Mas kepada GTA?

Sepertinya PAS hanya menjadi ‘hamba tebusan’ kepada Perikatan Nasional bagi memecahkan undi Kaum Melayu di kawasan majoriti Melayu demi kemenangan PN.

Apakah nasib PAS sama seperti apa yang berlaku dalam PRN Melaka dan PRN Johor bilamana mereka bertanding di bawah logo Perikatan Nasional?



 

 

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button