Foden sambung kontrak 5 tahun di City

MANCHESTER, United Kingdom: Phil Foden mahu mencipta lebih banyak kejayaan di Manchester City selepas menyambung kontrak bersama juara Liga Perdana itu hingga 2027 hari ini.

Pemain berusia 22 tahun itu sudah menang sembilan trofi utama sejak menyertai pasukan utama dari akademi City.

Foden sudah meledak 52 gol dalam 182 perlawanan sejak diberikan penampilan pertama oleh Pep Guardiola pada 2017.



Tujuh daripada gol berkenaan dibuat pada musim ini, termasuk hatrik terbaharu ketika City menang 6-3 mengatasi Manchester United.

“Sikar untuk mengatakan betapa saya sangat gembira menandatangani kontrak ini,” kata Foden. “Ia impian menjadi kenyataan.

“Saya sudah banyak meningkat sejak tahun kebelakangan ini dan ia disebabkan Pep dan kakitangannya, yang membimbing saya setiap hari ketika latihan.

“Bekerja dengan mereka memberikan saya peluang untuk meningkat lebih banyak dan menjadi pemain terbaik yang saya boleh.



“Dengan skuad yang kami di sini, saya rasa saya boleh terus belajar dan menang trofi. Itu adalah dua perkara paling penting buat saya.”

Pengarah bola sepak City, football Txiki Begiristain percaya pemain itu boleh menjadi sseorang daripada pemain terbaik dunia jika dia terus meningkat dalam musim akan datang.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button