Kerana Gagal Mendapatkan 47 Kerusi, Hadi Awang Tuduh Pemimpin BN Amalkan Rasuah Sebagai Sebab MN Berkubur!!!

Kerana Gagal Mendapatkan 47 Kerusi, Hadi Awang Tuduh Pemimpin BN Amalkan Rasuah Sebagai Sebab MN Berkubur!!!

Kerana Gagal Mendapatkan 47 Kerusi, Hadi Awang Tuduh Pemimpin BN Amalkan Rasuah Sebagai Sebab MN Berkubur!!!

Presiden PAS, Hadi Awang mendakwa kononnya kerana pemimpin Barisan Nasional masih mengamalkan rasuah adalah punca PAS membuat keputusan kekal bersama PN dalam PRU 15.

Beliau juga menuduh Umno cuai dalam melaksanakan Islam dan rakus untuk terus memerintah negara sehingga sanggup membubarkan Parlimen secara tergesa-gesa.

Dalam masa yang sama, Hadi Awang mengakui sudah wujud beberapa masalah dalam hubungan antara PAS dan PPBM dalam PN.



“Walau pun laluan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) lebih sukar”.

“Namun PAS memilih untuk menjernihkan kekeruhan yang berlaku antara mereka (PAS dan PPBM)”.

“Kerana ada keruh ini kita tangguh dahulu jadi kita ambil pendekatan jernihkan keadaan dulu dengan gabungan PN”.

“Walaupun ini (PN) lebih payah,” kata Hadi Awang ketika menyampaikan kuliah dhuha di Marang, Terengganu.



Baca di sini:

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/406156

Dalam memberikan respon terhadap tuduhan Hadi Awang, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Asyraf Wajdi mendedahkan sebab sebenar mengapa rundingan antara UMNO dan PAS gagal.

Menurut Dr Asyraf, PAS mendakwa dalam kerjasama antara mereka dan PPBM dalam PN, PAS telah diperuntukkan sebanyak 47 kerusi parlimen untuk meletakkan calon mereka.

PAS menuntut supaya UMNO memberikan mereka jumlah kerusi yang sama sebagai syarat untuk berkerjasama dalam Muafakat Nasional.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/posts/pfbid0zMgR4MQogemNc8ryZsYyxXa6XB6rzKjmy2f9JfD3dKxM2wgf123NBxU2x275jNfJl

Kesahihan Dakwaan Hadi Awang Menimbulkan Tanda Tanya

Kerana Gagal Mendapatkan 47 Kerusi, Hadi Awang Tuduh Pemimpin BN Amalkan Rasuah Sebagai Sebab MN Berkubur!!!

Bagi penulis, dakwaan yang dibuat oleh Hadi Awang adalah diragui kerana:

  • Sekiranya benar isu pemimpin BN rasuah adalah penghalang utama, mengapa PAS masih lagi mahu berbincang mengenai kerjasama dalam PRU 15.
  • Adakah sekiranya UMNO bersetuju untuk memberikan PAS 47 kerusi untuk bertanding, maka isu rasuah tidak lagi menjadi penghalang kepada PAS?

Dari maklumat yang penulis perolehi, PAS sebenarnya sudah merasa terancam dengan kerjasama dengan PPBM dalam PN kerana:

  • PAS akan dipaksa menggunakan lambang PN dan ini mendapat bantahan kuat dari ahli PAS di akar umbi.
  • Usaha berterusan Muhyiddin untuk menjalinkan kerjasama dengan PH membuatkan PAS merasa kurang senang.
  • Sekiranya idea khemah besar menjadi realiti, majoriti ahli dan pemimpin PAS tidak boleh menerima PAN sebagaimana UMNO tidak boleh menerima PPBM.
  • Risiko berlaku undi protes di kalangan ahli PAS adalah besar kerana majoriti ahli dan pemimpin PAS tidak mahu ada sebarang kerjasama dengan DAP.
  • Sekiranya kerjasama PN dan GTA berlaku, ahli PAS merasakan mereka hanya dipergunakan kerana PPBM dan GTA tiada jentera pilihanraya.

Itulah sebab sebenarnya mengapa PAS kembali melakukan usaha untuk berkerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional.

Namun, walau pun berharap UMNO akan bersetuju untuk menghidupkan kembali Muafakat Nasional, keangkuhan pemimpin PAS masih lagi menebal.

PAS ibarat seorang tetamu yang mahu menumpang di rumah orang lain, tetapi menetapkan syarat-syarat tertentu kepada tuanrumah sebelum mereka masuk ke rumah.

Sudah tentu tuanrumah akan menolak mentah-mentah syarat itu kerana rumah itu bukan milik tetamu yang mahu menumpang.

Apabila tidak dapat menumpang, maka dituduhnya tuanrumah tidak berperikemanusiaan.

Yang terbaik adalah UMNO melupakan terus kerjasama dengan PAS kerana ia hanya bertopengkan kepura-puraan dan kesombongan pemimpin PAS.

Sekiranya pemimpin PAS sendiri tidak mahu memikirkan perasaan ahli mereka, mengapa pula pemimpin UMNO mahu memikirkannya?

Biarlah pemimpin PAS terus hanyut dengan kepura-puraan dan kesombongan mereka.

 

Kerana Gagal Mendapatkan 47 Kerusi, Hadi Awang Tuduh Pemimpin BN Amalkan Rasuah Sebagai Sebab MN Berkubur!!!

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker