Rashford perlu lebih tajam

MANCHESTER, ENGLAND – OCTOBER 13: Marcus Rashford of Manchester United is challenged by Moreto Cassama of Omonia Nicosia during the UEFA Europa League group E match between Manchester United and Omonia Nikosia at Old Trafford on October 13, 2022 in Manchester, England. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

MANCHESTER, United Kingdom: Erik ten Hag berkata Marcus Rashford mesti lebih tajam di depan gol tetapi dia yakin penyerang Manchester United itu ada kekuatan untuk mencapai sasaran itu musim ini.

Ia memerlukan cubaan ke-34 dan terakhir buat United untuk menewaskan penjaga gol Omonia Nicosia, Francis Uzoho dalam Liga Europa semalam apabila pemain gantian, Scott McTominay mengesahkan kemenangan 1-0 pada penghujung aksi.

Ketumpulan United di depan gol begitu mengecewakan tetapi mereka masih menang tiga perlawanan berturut-turut selepas dibelasah 6-3 oleh Manchester City awal bulan ini.

Erling Haaland, yang menjaringkan hatrik pada perlawanan itu, kini sudah mengumpul 15 gol dalam hanya sembilan aksi Liga Perdana – dua melebihi apa dilakukan United dalam lapan perlawanan awal liga musim ini.

Namun pengurus United, Ten Hag berkata dia yakin ada pemain di Old Trafford memiliki kemampuan menjaringkan 20 gol musim ini.

“Saya rasa kami ada pemain dalam skuad yang boleh menjaringkan gol sebanyak itu, tapi anda perlu membahagikannya kerana kita ada ramai penjaring gol dari bahagian pertahanan,” katanya menjelang pertemuan dengan Newcastle esok.

“Tapi saya rasa kami perlukan sesuatu daripada bahagian tengah dan pertahanan.”

Penjaring terbanyak United setakat musim ini ialah Rashford, yang meledak lima gol dalam semua kejohanan.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker