Sissy Imann Mohon Maaf Sebelum Ditidurkan

Sissy Imann Mohon Maaf Sebelum Ditidurkan

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Mohon Maaf

Di kesempatan itu, Sissy mendahulukan kenyataannya dengan permohonan maaf kepada orang ramai seandainya pernah menyakiti hati mana-mana pihak.

“Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, Sissy nak pohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan Sissy yang pernah menyakiti korang. Doakan urusan Sissy hari ini dipermudahkan ya.

“Hari ini adalah hari yang penting untuk saya, saya akan jalani prosedur yang saya akan ditidurkan buat seketika,” katanya.

Mohon Jasa Baik Tak Tanya Keluarga

Dalam pada itu, Sissy juga meminta jasa baik orang ramai untuk tidak bertanya lebih lanjut mengenai hal tersebut kepada ahli keluarganya.

“Saya sangat hargai jasa baik anda untuk tidak bertanya ahli keluarga saya tentang perkara ini. Terima kasih kerana memahami,” kongsinya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Sissy dan rakan artis mendoakan agar semua urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT.

https://www.instagram.com/p/Cjrc5tCBQGp/

Sissy Imann Mohon Maaf Sebelum Ditidurkan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Penyatuan Umah PAS  adalah menolak saf besar dan pilih saf kecil.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker