Pemandu e-hailing meninggal 3-4 hari sebelum mayat ditemukan – Pakar Patologi

Pemandu e-hailing meninggal 3-4 hari sebelum mayat ditemukan – Pakar Patologi

Pemandu e-hailing meninggal 3-4 hari sebelum mayat ditemukan - Pakar Patologi
Anggota polis membawa tertuduh ketika menghadiri perbicaraan kes bunuh pemandu e-hailing, Nurman Bakarutu di Mahkamah Tinggi Tawau, hari ini. – NSTP/ ABDUL RAHEMANG TAIMING

TAWAU: Pemandu e-hailing mangsa bunuh, Nurman Bakaratu, 61, dipercayai meninggal dunia antara tiga hingga empat hari sebelum mayatnya ditemukan.

Perkara itu dimaklumkan Pakar Patologi Forensik di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elezabeth, Kota Kinabalu, Dr Muhammad Uzair Ahmad Suriani, 37.

Beliau menjawab soalan Peguam Datuk Ansari Abdullah semasa pemeriksaan balas pada perbicaraan kes bunuh membabitkan lapan tertuduh membabitkan bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM, Datuk Mat Zaki Md Zain bersama enam anggota polis dan seorang awam.



Ansari: Kamu nyatakan dalam para (perenggan) 9 kenyataan saksi kamu dan dalam ekshibit bahawa kematian mangsa berlaku di antara 4 hingga 6 hari sebelum bedah siasat dilakukan, betul?

Dr Muhammad Uzair: Ya betul, daripada tarikh bedah siasat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anwar Sudah Overkilled Mahathir




Ansari: Oleh kerana bedah siasat dibuat pada 18 Januari jam 9 pagi, ini bermakna kematian berlaku di antara 12 Januari hingga 14 Januari 2023?

Dr Muhammad Uzair: Tak betul

Ansari: Jadi bila kematian berlaku oleh kerana bedah siasat dibuat pada 18 Januari?



Dr Muhammad Uzair: Anggaran tempoh kematian adalah empat hingga enam hari daripada tarikh bedah siasat, oleh itu anggaran tempoh kematian adalah daripada 12 Januari atau 14 Januari sehingga 18 Januari 2023.

Ansari: Bererti si mati boleh (jadi) mati di antara 12 hingga 18 Januari ?

Dr Muhammad Uzair: Ya.

Kepada soalan Peguam Mohamad Zairi Zainal Abidin, pemegang Sarjana dalam bidang Patologi Forensik dari Universiti Malaya itu tidak menolak kemungkinan si mati cuba melawan dan bertindak mempertahankan diri semasa kejadian bunuh itu berlaku.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kalah dan hilang deposit tetapi masih ghairah berpolitik

 

Beliau turut bersetuju dengan cadangan peguam yang kemungkinan si mati diserang secara bertubi-tubi berdasarkan penemuan kecederaan pada kedua-dua belah tangan si mati.



Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol bersambung esok.

Pemandu e-hailing meninggal 3-4 hari sebelum mayat ditemukan – Pakar Patologi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir – Untuk Buka Kertas Siasatan Perlukan SD Bukan Laporan Polis



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button