Anwar Ibrahim ‘wajib’ dilantik sebagai PM

Jika dapat kalahkan Azmin di Gombak

Oleh – Editor


Anwar Ibrahim 'wajib' dilantik sebagai PM

Presiden PKR, Anwar Ibrahim ‘wajib’ dilantik sebagai PM sekiranya beliau dapat mengalahkan Azmin Ali di Gombak pada PRU15 ini.

Ini penting kerana Anwar telah menyatakan akan mengajar ‘pengkhianat’ yang telah meninggalkan parti dan Pakatan Harapan dalam ‘Sheraton Move’.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kempen Rapat Mega Keadilan yang memulakan edisi pertamanya dengan menyerang kerusi ‘pengkhianat Gombak’ merupakan permulaan baik kempen pilihan raya parti itu. – 12 September 2022

Namun demikian, Azmin Ali kini dipercayai telah mendapat sokongan padu dari PAS selepas parti itu bersetuju kekal bersama Perikatan Nasional.



Anwar perlu membuktikan kredibiliti beliau sebagai seorang Presiden yang berpegang pada ‘janji’.

Di sebalik teka-teki antara Tambun dan Bandar Tun Razak, Anwar seharusnya menyatakan kerusi mana yang akan ditandingi dalam masa terdekat bagi membolehkan jentera PKR segera melakukan gerak kerja.

Namun demikian, spekulasi kegentaran Anwar berdepan Azmin sudah mulai kedengaran di kalangan ahli PKR sendiri.

Anwar Ibrahim 'wajib' dilantik sebagai PM

Sumber dalaman PKR memaklumkan, Anwar tidak berani dan tidak bersedia berdepan Azmin Ali yang dikatakan akan ‘membongkar’ semua kebejatan yang pernah dilakukan Anwar sepanjang karier politiknya.



Sebagai Presiden PKR dan anggota Majlis Presiden Pakatan Harapan, Anwar dijangka akan memilih kawasan yang menjanjikan kemenangan mudah buatnya. 

Maklumat dari sumber dalaman PKR turut menyatakan Rafizi Ramli juga tidak berani mencabar Azmin di Gombak kerana tidak mempunyai sokongan kuat. 

Sebagai rekod, Azmin merupakan antara yang menentang kemaruk Anwar untuk proses peralihan kuasa Mahathir-Anwar disegerakan.

Anwar Ibrahim 'wajib' dilantik sebagai PM

Disebabkan penentangan tersebut, Azmin memilih untuk keluar PKR dan menyertai PPBM. Tidak salah percaturan Azmin bila beliau diberikan kedudukan istimewa dalam PPBM berbanding ahli lama.

Apa jawapan Anwar kelak jika beliau tidak bertanding di Gombak? Siapa pula akan dihantar PKR bagi menentang Azmin Ali? 

Kalau Anwar sendiri tidak berani ‘menghumban’ Azmin, maka benarlah dakwaan segelintir ahli PKR, Anwar hanya berdegar bila berkata-kata tetapi berperangai BACUL.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker