Pemandu, kelindan lori seludup karkas babi didenda RM16,000

Oleh – Syeikh Baran


Pemandu, kelindan lori seludup karkas babi didenda RM16,000
Gambar Hiasan

Seorang pemandu dan kelendan lori masing-masing didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyeludup 228 keratan karkas babi seberat 9,120 kilogram bernilai RM246,240 pada November tahun lalu.

Majistret Ainis Abu Hassan Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas S Devaraju Naidu, 38, dan P P Raviendran, 45, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.



Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua lelaki terbabit menjalani hukuman penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Wakil majikan tertuduh kemudiannya membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memiliki 228 keratan karkas babi disyaki diseludup dari Thailand yang dijumpai di dalam sebuah lori kontena sejuk beku tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu di tepi jalan di Kampung Pak Kancil di sini, pada 3.30 pagi, 9 November tahun lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Kaedah 5 (3) Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000.



Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa JPV Terengganu Mohd Shahihan Mohd Tahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading