30 usahawan OKU dipilih terima geran perniagaan

Kuala Lumpur: Seramai 30 usahawan orang kurang upaya (OKU) dipilih oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj untuk menerima geran perniagaan bagi program Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY Lead Pro) anjuran Selangor Youth Community (SAY) yang disokong oleh Yayasan Hasanah.

Pengarah Urusan Yayasan Hasanah dan Penaja Utama Program Liga Usahawan OKU Malaysia- Say Lead Pro, Datuk Shahira Ahmed Bazari berkata, terdapat empat kriteria ditetapkan bagi melayakkan OKU menerima geran itu.

“Liga ini dianjurkan oleh SAY iaitu organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh Raja Muda Selangor. Program SAY Lead Pro pula dijalankan di bawah inisiatif Entrepreneurship Selangor dengan membawa visi dan misi Baginda untuk mempromosi keterangkuman dalam kepelbagaian terutamanya kepada golongan usahawan belia.

“Kriteria pemilihan peserta adalah pemegang kad OKU yang sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berumur dari 18 tahun hingga 45 tahun, berupaya hadir ke kelas secara fizikal dan secara dalam talian dan berminat untuk mempelajari aktiviti perniagaan,” katanya.

Menurut Shahira, program itu sudah berjalan selama 18 bulan sejak awal tahun ini.

“Sepanjang tempoh itu, 60 peserta dipilih untuk menjalani kursus perniagaan selama 18 bulan yang merangkumi empat fasa. Fasa pertama, Unearth The Talent (empat bulan); fasa kedua Commercialisation (empat bulan); fasa ketiga Sustainability (empat bulan) dan fasa terakhir Giving Back to Societies (empat bulan).

“Setiap minggu selama kursus bimbingan perniagaan dijalankan, peserta diberi tugasan untuk dilaksanakan dalam perniagaan mereka sama ada secara fizikal ataupun dalam talian,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker