Aura Najib dari dalam penjara pun boleh tewaskan Mahathir yang berada diluar.
Oleh Adam Malik
Dari kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir sejak kebelakangan jelas sudah nampak betapa ‘desperado” nya beliau menghadapi pilihanraya ke-15.
Tindakan suka mengenakan lawan dengan kes mahkamah ketika ada kuasa seperti yang dikatakan oleh bekas Peguam Negara Tommy Thomas , kini menghantui Mahathir dan Muhyiddin Yassin.
Ketakutan akan dikenakan perkara yang sama oleh Barisan Nasional sungguh menakutkan Mahathir.
Kes boleh direka dan dicipta sekadar untuk menyusahkan turun naik mahkamah dan persepsi untuk memburukan nama.
Namun, dengan Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin, kes tidak perlu direka dan dicipta perguna pihak lain untuk berpakat pun, kerana sememang ada banyak kes boleh diujudkan.
Kes salah guna kuasa dan kes seleweng banyak boleh dikorek dan di geledah jika BN kembali berkuasa.
Diwaktu ini , pelbagai survey yang dilakukan oleh banyak pihak jelas terlihat Mahathir dan Muhyiddin Yassin antara nama tercorot dalam pilihan untuk terajui negara.
Malah nama Anwar Ibrahim , Najib Razak dan Rafizi lebih banyak dipilih berbanding kedua Mahathir dan Muhyiddin Yassin.
Datuk Ahmad Zahid Hamidi pun mendapat lebih banyak ‘vote’ dari kedua orang ini.
Apa yang menarik untuk dilaporkan adalah walaupun Najib Razak berada didalam penjara namun nama nya lebih disanjung dari orang yang penjarakan nya.
Malah dilaporkan , kedudukan agak baik untuk UMNO dan BN dikala ini adalah ekoran dari ‘aura’ Datuk Seri Najib Razak.
Harus diketahui ketika kes 1MDB rekaan Mahathir dan PH disaat kemuncak dimainkan pun BN boleh peroleh kemenangan Tujuh kali berturut turut pada PRK dan 3 kali di pilhanraya negeri.
Bermakna isu yang bukan hal periuk nasi rakyat mainan Mahathir tidak diendah lansung oleh rakyat.
Isu yang tidak boleh dibawa ke pasar raya untuk membeli barang dapur.
Mahathir sahaja yang suka main isu sebegini kerana ia tidak babit wang untuk diberi kepada rakyat.
Tambah lagi apabila Zeti Aziz dan Nazlan didapati menerima rasuah Mahathir dan Muhyiddin lari menyepi diri walaupun mulut berzikir benci rasuah UMNO.
Untuk makluman, Peguam Negara yang masih belum mendakwa Zeti dan Nazlan adalah lantikan Muhyiddin Yassin.
Kedudukan senario politik hari ini menampak kan betapa Mahathir masih tidak diterima oleh parti2 politik sehingga Mahathir menyeru semua parti yang bukan BN seharus bergabung melawan BN.
Ini menunjuk kan betapa Gerakan Tanah Air tidak mendapat sambutan rakyat kerana ada Mahathir.
Rakyat berkemungkinan sudah jemu dengan politik peribadi Mahathir yang tidak fikirkan kesusahan rakyat.
Mengajak parti2 lain lawan BN kerana Mahathir takut BN akan mendakwa nya bukan satu yang dimahukan oleh rakyat.
Sepatutnya Mahathir mahu lawan BH kerana mahu membantu rakyat dan bukan melawan BN kerana Mahathir benci BN.
Itu adalah perang peribadi Mahathir dan bukan perang rakyat , sila lah Mahathir juang sendiri tanpa menyusahan rakyat.
Kekayaan kroni Mahathir dan anak beranak tidak dikongsi bersama rakyat kenapa pula rakyat harus berkongsi masalah peribadi Mahathir?
Apa pun, kesan pada aura Najib yang berada didalam penjara akibat kes ketiadaan bukti yang menggunakan hakim pilihan Mahathir yang ada kes rasuah kini tiada kesan apa2 kepada sokongan terhadap BN.
Malah dikatakan bertambah kuat kerana kegagalan Mahathir sendiri selama 22 bulan.
Tambah lagi dengan Mahathir banyak kesalahan seperti tergadai Pulau Batu Puteh , risiko saman puak Sulu terhadap Sabah , tergadai aset negara dan hutang bertambah, maka boleh di kira sokongan rakyat terhadap Mahathir semakin defisit.
Hanya yang taksub sahaja yang akan terpedaya dengan Mahathir, aura Najib tinggalankan masih kuat dan mampu tewaskan Mahathir yang berada diluar penjara.