Kenapa Anwar Dan PKR Tidak Memberikan Sebarang Respon Terhadap Tindakan Charles Santiago?



Kenapa Anwar Dan PKR Tidak Memberikan Sebarang Respon Terhadap Tindakan Charles Santiago?

Kenapa Anwar Dan PKR Tidak Memberikan Sebarang Respon Terhadap Tindakan Charles Santiago?

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga adalah Presiden PKR, Anwar Ibrahim, kini berada di dalam keadaan yang sangat-sangat tertekan.

Pendedahan penipuan MB Selangor, Amirudin, yang didedahkan sendiri oleh Istana Selangor menambahkan masalah Anwar ketika PRU 15 sudah semakin hampir.

Baca di sini:



Istana Selangor Bongkarkan Penipuan MB Selangor Dari PKR!!!

Dari sumber dalaman PKR memaklumkan penulis, sebelum itu Anwar dikatakan tidak senang dengan tindakan Charles Santiago yang memfailkan saman terhadap keabsahan pembubaran parlimen.

Saman yang dikemukakan oleh Santiago jelas bukan mencabar kuasa Ismail Sabri dalam pembubaran parlimen.

Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang kuasa di dalam perlembagaan untuk membubarkan parlimen.



Kuasa mutlak membubarkan parlimen adalah hak prerogatif SPB YDP Agong dan ianya tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah.

Baca di sini:

Pemimpin DAP Mencabar Kuasa Agong

Dari sudut percaturan politik, tindakan Santiago membawa implikasi yang sangat besar terhadap sokongan pengundi Melayu terhadap PKR.



Memang benar, PKR tidak hanya bergantung kepada undi bangsa Melayu kerana PKR adalah parti berbilang bangsa.

Tetapi undi dari pengundi Melayu memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu calon PKR memenangi pilihanraya.

Penderhaka Pasti Akan Menerima Hukuman

Bangsa Melayu sememangnya terkenal dengan sifat taat dan setia mereka kepada Raja Raja Melayu.

Menjadi pegangan dalam peradaban turun menurun orang Melayu, pantang Melayu menderhaka kepada raja.



Sesiapa sahaja yang mengganggu gugat kedudukan dan kedaulatan Raja Raja Melayu akan dianggap sebagai musuh utama bagi bangsa Melayu.

Tindakan Santiago yang mencabar kuasa SPB YDP Agong dan juga tindakan Amirudin yang menipu dengan menggunakan nama Sultan Selangor dianggap sebagai derhaka.

Penderhaka tidak sekali-kali akan dimaafkan oleh masyarakat Melayu dan mereka WAJIB dihukum.

Namun begitu, kita bukan lagi berada di zaman pemerintahan monarki mutlak.

Sekiranya Santiago dan Amirudin hidup di zaman pemerintahan monarki mutlak, sudah pasti hukuman yang paling layak ke atas mereka adalah bunuh.

Namun bersesuaian dengan peredaran masa, hukuman pancung atau bunuh tidak boleh sewenangnya dilakukan.

Namun begitu, demi mempertahankan kedaulatan institusi Raja Raja Melayu, Santiago dan Amirudin tetap akan dibunuh oleh orang Melayu.

Tetapi bukan dengan cara memenggal atau mengambil nyawa mereka, tetapi karier politik mereka pasti akan dibunuh oleh orang Melayu di atas penderhakaan mereka.

Inilah yang sangat merisaukan dan memeningkan kepala Anwar Ibrahim.

Seakan beliau sudah dapat melihat, nasib buruk yang akan menimpa Pakatan Harapan apabila dihukum oleh orang Melayu dalam PRU 15 yang semakin hampir.

 

Kenapa Anwar Dan PKR Tidak Memberikan Sebarang Respon Terhadap Tindakan Charles Santiago?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker