Mahathir berlakon ‘insaf’ mahu tarik undi Melayu

Rakyat tidak percaya drama air mata Mahathir lagi

Oleh – Bakhtiar Omar


Mahathir berlakon 'insaf' mahu tarik undi Melayu

 



 

Tun Mahathir kian terdesak untuk mengekalkan jawatan beliau selaku Ahli Parlimen Langkawi. Untuk menarik undi Melayu, Mahathir terpaksa berlakon kononnya beliau sudah ‘insaf’.

Pengerusi PEJUANG itu menubuhkan GTA-Gerakan Tanah Air dalam usaha mencari pengaruh dari kalangan Melayu. 

Penubuhan GTA dilihat hanya memanipulasi sifat belas kasihan Melayu kepada Mahathir.



Bijak menggunakan emosi untuk mempengaruhi rakyat, Mahathir perlu satu watak yang lebih meyakinkan rakyat agar memberi beliau peluang sekali lagi untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Jika dahulu beliau berjaya memperdayakan rakyat Malaysia dengan airmata, namun tidak kali ini selepas rakyat ‘belajar’ apa itu Mahathir.

Mahathir berlakon 'insaf' mahu tarik undi Melayu

Lihat sahaja bagaimana angkuhnya Mahathir bercakap mengenai Umno menerusi satu video. Beliau mengaku telah mendesak Zahid Hamidi selaku Presiden Umno agar membubarkan parti tersebut.



Alasan yang diberikan Mahathir hanyalah berkisar mengenai Najib Razak dan tiada nama lain disebutnya umpama ‘musuh nombor satu’.

MANA MARUAH MAHATHIR BILA ‘CIUM TANGAN’ DAP?

Mahathir berlakon 'insaf' mahu tarik undi Melayu

Ramai sebenarnya terkejut bila Mahathir pada satu ketika berjabat salam dengan ‘musuh politik’ DAP yang pernah dilabelkannya sebagai parti cauvinis.



Malah, DAP juga tidak mempunyai reputasi yang baik di mata Mahathir sewaktu sepanjang karier politiknya kecuali ketika bersama Pakatan Harapan.

Bayangkan, Mahathir yang pernah digelarkan sebagai ‘ultra Melayu’, tunduk kepada DAP hanya untuk mengejar kuasa dan pangkat.

Akhirnya, Mahathir diangkat menjadi PM oleh sekutu lain dalam PH sebaik mereka memenangi PRU14, manakala ‘tuan rumah’ yakni PKR hanya berpuashati dengan jawatan Timbalan PM.

PEJUANG HANYA PLATFORM UNTUK JADIKAN MUKHRIZ PM

Mahathir takut kalah jika PRU15 tahun ini



Bagi pemerhati politik semasa, penubuhan PEJUANG bukanlah berkisar mengenai perjuangan Melayu. PEJUANG hanya platform bagi Mahathir jadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri sebagaimana diinginkan beliau ketika bersama dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia – PPBM.

Mahathir mahu legasi beliau turut tersenarai seperti legasi Dato Onn Jaafar dan Tun Abdul Razak. Apabila peluang berbuat demikian tidak dapat dizahirkan menerusi Umno, dendam kesumat Mahathir membara menyebabkan beliau memilih haluan berbeza.

Teori mengapa Mahathir membenci Najib adalah kerana beliau merupakan halangan terbesar hasratnya kerana kekalahan Mukhriz kepada Khairy Jamaluddin semasa merebut jawatan Ketua Pemuda Umno menyebabkan ‘bintang’ Mukhriz terus malap.

Biarpun telah dilantik sebanyak 2 kali sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz tetap tidak ‘menyinar’ sebagaimana dikehendaki.



Ternyata, Mukhriz bukanlah ahli politik yang bagus di mata rakyat dan Umno. Jika mahu tahu lebih lanjut, tanyalah kepada rakyat Kedah apa rasanya semasa Mukhriz menjadi Menteri Besar.

‘TUNGGANG’ PUTRA, IMAN & NGO UNTUK KEPUASAN SENDIRI

Mahathir berlakon 'insaf' mahu tarik undi Melayu

Bercakap soal Melayu, sebenarnya banyak kelemahan Mahathir terserlah. Sepanjang karier beliau sebagai Perdana Menteri buat kali pertama, berapa ramai jutawan Melayu telah dilahirkan Mahathir? 

Kononnya Mahathir mengamalkan meritokrasi bagi meningkatkan persaingan orang Melayu untuk maju tetapi sebenarnya ia hanya menutup peluang ekonomi Melayu berkembang.

Kesimpulannya, Mahathir hanya jadikan Putra, Iman dan NGO Melayu sebagai ‘tunggangan’ politik sahaja dan tidak lebih dari memperbodohkan mereka yang mempercayainya.

 

penafian – artikel ini adalah pemikiran penulis dan tidak mewakili pihak MyTvOnline. Sebarang komen adalah tanggungjawab sendiri.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button