Mahathir sebagai liabiliti , parti2 yang terkait jenama “Mahathir” diramal akan di tolak rakyat.  

Oleh Adam Malik

Beberapa Parti2 politik dalam negara masih tidak belajar dari pengalaman.

Sebaik sahaja Pakatan Harapan menang di pilihanraya ke14 tidak sampai beberapa bulan kemudian mereka di tolak secara ‘total’.



Satu demi satu pilihanraya kecil mereka tewas.

Di banyak Kawasan yang meraka tandingi mereka tewas.

Kesemua parti dalam gabungan PH tewas setelah meletakan calon mereka.

Letak calon PKR mereka tewas ,Calon DAP tewas, letak calon PAN pun tewas juga dan kemudian ibu kepada segala kekalahan dengan majoriti besar luar biasa di Tanjong Piai dengan majoriti 15,000 lebih dengan calon dari parti Pribumi Bersatu.



Barisa Nasional bukan sahaja menang tetapi dapat merampas Kembali beberapa kerusi.

Dimana silap PH ? selepas menang mereka tewas teruk?

Antara faktor yang dapat dirumuskan dari beberapa penulisan penganalis ia tidak lain dan tidak bukan adalah watak dua individu yang dikenali sebagai mewakili pembohongan besar PH.

Tun Mahathir dan Lim Guan Eng antara faktor kekalahan selepas kemenangan PH.



Mahathir dengan sombong dan bongkaknya memandang rendah terhadap rakyat terutama nya terhadap orang Melayu.

Mahathir tidak umum bantuan, kebajikan dan kebaikan , sebalik nya menghina mereka yang memberi undi jangan suka meminta minta dari kerajaan dan jangan iri hati kepada orang kaya.

Selain itu Mahathir menyuruh rakyat mengikat perut, sambil Mahathir memberi projek “Opcom” kepada anak nya dan membaiki kapal Jho Low perguna wang rakyat.

Lim Gua Eng pula menghina rakyat dengan memberi wang RM30 dimasuk ke E-wallet.



Muslihat kenapa mereka yang bergaji setahun melebihi RM100,000 juga dapat rupa nya mahu kan data peribadi mereka sahaja itu sebab mereka juga mendapat RM30.00.

Kesemua ini ‘sum up’ kemeluatan rakyat kepada PH setelah janji manifesto pula tidak dilayan secara kurang ajar oleh kedua Tun Mahathir dan Lim Guan Eng.

Pelbagai alasan diberi untuk tidak melayan janji sendiri yang telah dibuat.

Mahathir dan Guan Eng juga menipu jumlah hutang negara.



Hasil nya kini , Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin sendiri takut dikaitkan dengan jenama PH lalu masing2 dengan jenama baru untuk ‘hoodwink rakyat.

Mahathir dengan PEJUANG nya dan Muhyiddin dengan PPBM nya.

Apa pun jenama yang disembunyi belakang , rakyat tetap kenali watak pembohong ini.

Rakyat Melaka dan Johor telah mengajar parti2 yang diwakili penipu rakyat ini selain rakyat2 di PRK.



Kini Anwar Ibrahim membalut luka hasil peninggalan Mahathir dan Muhyiddin setelah perguna jenama PKR pada PRU14 dan jenama PH ketika berjanji dengan rakyat.

Sukar untuk Anwar Ibrahim membaiki nama busuk PH peninggalan Mahathir dan Muhyiddin.

Ringkas nya kemana sahaja Mahathir  pergi dia membawa ‘trail of destruction’.

Hutang negara bertambah banyak , aset bertambah kurang , nama negara busuk akibat Mahathir batal janji dengan negara luar yang telah dimeterai.

Yang Mahathir zikir siang malam hanya Najib Najib Najib untuk perbodohkan rakyat.

Pendek kata , pada pru15 ini diramalkan banyak pihak bahawa mana2 parti yang ada jenama “Mahathir” pasti akan dibakul sampahkan oleh rakyat.

PRU15 ada lah berkenaan kehendak rakyat. Bukan kehendak peribadi Mahathir.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button