Nahas 2 motosikal bukan sebab dikejar polis

Nahas 2 motosikal bukan sebab dikejar polis

Nahas 2 motosikal bukan sebab dikejar polis
Tangkap layar video memaparkan kemalangan di Jalan Perusahaan Sungai Lokan yang didakwa kerana dikejar anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

BUTTERWORTH: Polis menafikan kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Perusahaan Sungai Lokan, di sini pada Rabu lalu, disebabkan seorang daripada mereka dikejar anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad, berkata pihaknya mengesan video berdurasi 40 saat yang dimuatnaik di laman Facebook (FB) berhubung insiden itu dengan dakwaan ia berpunca akibat dikejar URB.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan itu berlaku pada jam 5.20 petang Rabu lalu. Semasa kemalangan, dua anggota URB sedang menjalankan tugas rondaan dalam perjalanan dari Sungai Dua menghala Jalan Sungai Lokan.

“Polis menafikan ada aksi mengejar oleh anggota URB berkenaan dengan salah seorang mangsa hingga menyebabkan kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Jelasnya, rakaman video itu juga jelas menunjukkan mangsa memotong motosikal URB sebelum merempuh sebuah lagi motosikal.

“Anggota URB telah memberi bantuan kepada mangsa kemalangan dan membuat kawalan trafik,” katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak melakukan sebarang spekulasi dan andaian sendiri tanpa usul periksa mengenai kejadian terbabit sehingga menimbulkan kegusaran kepada orang lain.

Anwar Ibrahim ‘wajib’ dilantik sebagai PM

Nahas 2 motosikal bukan sebab dikejar polis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Ibrahim ‘wajib’ dilantik sebagai PM

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker