Remaja lelaki cedera ditikam pemutar skru

Remaja lelaki cedera ditikam pemutar skru

Remaja lelaki cedera ditikam pemutar skru
Foto hiasan.

SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun cedera di perut selepas ditikam dengan pemutar skru oleh seorang lelaki yang menceroboh rumahnya di Seksyen 23, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata dalam kejadian pada jam 12.10 tengah hari itu, mangsa berada di rumah bersama abangnya yang berusia 17 tahun.

“Kejadian berlaku apabila mangsa ke dapur untuk meminum air dan terserempak dengan suspek lelaki yang ketika itu bersembunyi di tepi mesin basuh.



“Susulan itu, berlaku pergelutan yang mana suspek kemudian menikam bahagian perut remaja berkenaan dengan pemutar skru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek masuk ke rumah itu melalui pintu belakang yang tidak di kunci dan tujuan asal dipercayai untuk melakukan jenayah pecah rumah.

Katanya, suspek hanya bersenjatakan pemutar skru sahaja yang disyaki digunakan untuk mengumpil pintu rumah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mohd Iqbal berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan di rawat di Hospital Shah Alam.



“Remaja itu mengalami kecederaan luka kecil di perut dan pemeriksaan ultrasound dan imbasan CT gagal menemui sama ada luka kecil itu menembusi usus mangsa.

“Polis masih mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Mohamad Zulkifli Mohamaddi talian 011-16958529 atau mana-mana balai Polis berhampiran,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Wanita cedera ditikam anak ketika tidur

Remaja lelaki cedera ditikam pemutar skru

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Ibrahim ‘wajib’ dilantik sebagai PM

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker