Sembah kes rasuah Nazlan  dan Zeti ke YDP Agong.

 

Oleh Adam Malik

 

 

Gesaan supaya kes berkaitan rasuah Hakim Nazlan dan rasuah Zeti Aziz dibawa ke Istana Negara semakin mendapat sambutan dan sokongan dari orang ramai.

Kes kedua Nazlan Mohd Ghazali dan Zeti Aziz yang sudah selesai disiasat tetapi masih belum ada sebarang Tindakan dari Peguam Negara sangat mengecewakan rakyat.

Jika negara mahu keluar dari kancah rasuah sebagai dmomok kan oleh parti2 politik yang penuh hipokrasi , maka kes kedua individu ini mesti disegerakan dibawa kemuka pengadilan.

Imej negara semakin buruk pada pandangan dunia luar akibatkan kes rasuah berprofil tinggi membabitkan mereka yang ada kaitan dengan Tun Mahathir masih tidak didakwa dakwa lagi.

Bayangkan bekas Gabenor Bank Negara bank induk terbabit rasuah masih bebas kesana kesini lagi.

Zeti Aziz yang namanya di petik oleh Singapura dan mahkamah Amerika sebagai sah menerima sogokan dari Jho Low sudah lebih setahun selesai disiasat tapi belum didakwa lagi.

Begitu juga dengan hakim Nazlan lantikan kerajaan Tun Mahathir yang digantikan di saat akhir untuk menjatuhkan hukuman pada kes yang dikatakan berjaya menghukum tetapi gagal menegak kan keadilan.

Pada pandangan ramai pihak , Najib sebenarnya telah dijatuhkan hukuman oleh seorang hakim yang telah berstatus “perasuah” ketika mendengar kes Najib.

Lebih parah lagi hal rasuahnya disembunyikan oleh pihak pendakwa dan Hakim itu sendiri.

Ini sahaja sudah satu jenayah kerana “conceal of evidence” ada lah jenayah berat.

Tidak hairan lah seluruh anggota kerajaan Pakatan Harapan amat ketakutan dengan kebangkitan Barisan Nasional kerana kesemua mereka yang terbabit  mendakwa kes SRC Najib Razak boleh dipenjarakan atas kes sembunyi jenayah rasuah seorang hakim dan bekas Gabenor.

Jika alasan tidak mengetahui nya ketika siasatan , bermakna kes Najib disiasat secara tidak menyeluruh, jika disiasat secara menyeluruh bermakna tahu Hakim ada menerima rasuah tetapi rasuah nya disembunyikan.

Ia sama juga dengan kes rasuah bekas Gabenor Zeti Aziz.

Najib tidak sepatut pun berada dalam penjara walau satu hari pun atas banyak kecacatan dan kekhilafan perbicaraan.

Dipercayai jika Nazlan didakwa dan keterangan nya mengaku terima rasuah , maka kes Najib mesti digugurkan serta merta dan menjadi “nullified”.

Jika tidak mengaku , 4 pegawai SPRM yang menyoal nya boleh mengesahkan perakuan nya kepada mereka.

Bukti soal jawap dan pengakuan Nazlan juga ada Bersama peguam Najib namun dihalang dibawa masuk sebagai bukti baru.

Lapan orang Hakim hanya merujuk kes pertama sahaja tanpa izin bukti baru dibicarakan.

Maka, tidak salah jika ramai mahu isu Nazlan dan Zeti dibawa rujuk ke bawah YDP Agong kerana semua rakyat bertanya apa sudah jadi kepada kes kedua kuncu Mahathir ini.

Dimana keadilan?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker