Kerabu Kerang Ala Thai

Kerabu Kerang Ala Thai
Kerabu Kerang Ala Thai

 

Kali ni Che Nom nak share resepi seafood iaitu kerabu Kerang ala Thai. Hidangan ni sesuai sangat untuk sesiapa yang mencari lauk yg mudah dan tak gunakan minyak..kadang-kadang kita rasa nak makan yang mudah aja kan.

Apa yg penting ialah kerang mestilah segar dan direbus dengan cara yang betul, dan kuah air asam/kuah kerabu tu..mestilah cukup pedas, cukup masam, juga kena ada gabungan sos ikan dan belacan untuk rasa umami tu sebelum kita tuang ke atas kerang rebus. Kalau Che Nom lah, meratah aja pun boleh habis sorang makan ni.

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan:
    • 4-6 tangkai cili padi
    • 1 biji cili merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 1-2 biji limau nipis
    • ½ biji tomato
    • ½ biji bawang besar
    • Daun ketumbar
    • 1 kilo kerang
    • 1 cawan air
    • 1-2 sb air asam jawa
    • ½ inci belacan bakar
    • 2 sb sos ikan
    • Sedikit air
    • 1 sk gula melaka
    • 1 sk garam

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk air asam:
    1. Potong kasar cili merah, cili padi dan bawang putih.
    2. Kisar kasar cili merah, cili padi dan bawang putih (tak perlu letak air).
    3. Potong kasar sebiji limau nipis (untuk perahan) dan hiris nipis membulat sebiji lagi (untuk hiasan).
    4. Potong kasar tomato, bawang besar dan daun ketumbar.
    5. Dalam mangkuk yang besar, masukkan bahan kisar kasar, hirisan tomato, hirisan bawang, pati asam jawa, sos ikan, gula melaka (boleh ganti gula thai atau gula putih), belacan bakar dan jus limau nipis.
    6. Gaul dan picit-picit bahan biar mesra.
    7. Tambah sedikit air, garam, hirisan limau dan hirisan daun ketumbar (Che Nom simpan sikit untuk hiasan). Gaul sebati dan ketepikan.
  2. Cara-cara untuk kerang:
    1. Basuh bersih kerang dan rebus dengan 1 cawan air sampai masak (anggaran 10 minit).
    2. Bila kerang dah masak, angkat dan rendam dalam air ais atau air sejuk.
    3. Kupas sebelah cengkerang kerang.
    4. Tuang kerabu atau air asam tadi atas kerang.
    5. Tabur hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis untuk hiasan

 

Tip:

 

  • Kalau nak lebih pedas boleh ganti cili merah dengan semua cili padi.
  • Kalau tak minat bawang putih dalam kerabu, boleh skip bawang putih
  • Tips untuk isi kerang lembut, rendam kerang dalam air sejuk atau air ais selepas rebus

 

Resepi – Sambal kerang senang disediakan

Kerabu Kerang Ala Thai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker