5 Permintaan Guru-Guru Dapat Perhatian PM, BN Masukkan Sebagai Agenda Pendidikan



KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa sejak tahun lalu pergerakan terbabit telah menjalinkan hubungan akrab dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) dan hasilnya banyak isu-isu dibantu dengan membawa suara guru-guru ke pengetahuan Perdana Menteri.

Katanya, ini termasuklah kebenaran untuk guru-guru gred 54 ke atas terus menjadi ahli NUTP.

“Alhamdulillah YAB PM telah bersetuju dengan semua cadangan yang dikemukakan. Insya-Allah Pemuda UMNO/BN akan ‘follow-up’ dan ‘follow-through’ segala yang dipersetujui ini sebagaimana lazim yang kami lakukan sebelum ini.

“Apa lagi cadangan penting yang boleh BN masukkan sebagai antara agenda pendidikan jika diberikan amanah menubuhkan kerajaan selepas PRU-15 nanti?” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya yang merujuk kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO.



Jelas Dr Asyraf Wajdi, terbaharu pada 1 Oktober lalu, NUTP sekali lagi membawa lima permintaan untuk dipertimbangkan Kerajaan yang mendapat reaksi amat positif Perdana Menteri.

Antaranya:

1. Pengurangan kerja-kerja tidak relevan yang mewujudkan Beban Tugas Guru.
2. Perlantikan Warden sepenuh masa di asrama sekolah.
3. Meningkatkan bayaran pengawas peperiksaan awam dan kadar bayaran pemeriksa kertas peperiksaan tersebut.
4. Disegerakan pembayaran Ganti Cuti Rehat (GCR) kepada guru-guru yang layak dan telah membuat permohonan.
5. Dipercepatkan perlaksanaan Model Sekolah.

UMNO Online





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker