Alexia harap lutut cepat sembuh

Paris: Alexia Putellas berkata, dia berharap dapat pulih daripada kecederaan lutut serius sebelum hujung musim ini, selepaas muncul pemenang wanita bagi anugerah Ballon d’Or kali kedua berturut-turut, malam tadi.

Bagaimanapun, dia enggan membincangkan mengenai masa depannya bersama skuad Sepanyol.

Anugerah itu menjadi milik Alexia, 28, selepas dia muncul penjaring terbanyak Barcelona dan mara ke final Liga Juara-Juara Eropah.



Anugerah diterima di Chatelet Theatre itu adalah sagu hati kepada Alexia yang kini dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan lutut serius menyebabkan dia terlepas aksi Euro di England, Julai lalu dan perlu bekerja keras untuk bermain pada musim ini.

“Keadaan lutut semakin baik dan kini saya perlu fokus kepada proses pemulihan dan jika semuanya berjalan lancar – seperti diharapkan doktor dan kelab – saya harap dapat bermain semula pada musim ini,” katanya.

Saingan Piala Dunia wanita akan diadakan di Australia dan New Zealand pada Julai dan Ogos tahun depan, walaupun penampilan Alexia belum dapat dipastikan berikutan masalah lain selain kecederaannya.

Kapten Barcelona itu bersama 15 rakan dalam skuad kebangsaan menyiarkan kenyataan bertulis mahukan perubahan dan tidak mahu dipanggil menyertai Sepanyol berikutan tidak sefahaman dengan jurulatih, Jorge Vilda dan Persekutuan Bolasepak Sepanyol.



“Apa yang dapat katakan mengenai skuad kebangsaan ketika ini, sudah tentu ia satu topik yang membuatkan saya sedih,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button