Kerajaan pantau maklumat kemasukan warga Israel tanpa dokumen sah

KUANTAN – Kerajaan akan memantau jika terdapat maklumat tentang kemasukan warga Israel yang menggunakan dokumen tidak sah ke dalam negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jika terdapat individu yang memiliki pasport dan kewarganegaraan Israel memasuki negara tanpa dokumen sah, kerajaan akan meneliti seterusnya mengambil tindakan.

“Sesiapa sahaja yang masuk ke dalam negara kita ini, mereka ada dokumen yang sah.

“Jadi bila ada maklumat mengatakan orang masuk menggunakan dokumen tidak sah, kita akan pantau dan akhirnya kalau kita rasa sudah sampai masa kita tangkap mereka, kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam sidang akhbar majlis pelancaran Keluarga Aspirasi Kepulihan Peringkat Kebangsaan 2022 yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hasanal Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



Hari ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan agen perisikan Israel telah memasuki negara ini dalam usaha mereka mengesan dan menculik dua lelaki Palestin yang mereka percaya sebagai aset Briged Hamas al-Qassam.

Akhbar terbabit turut melaporkan ejen perisik berkenaan yang telah menyesuaikan taktik mereka dipercayai merekrut warga tempatan untuk membantu rejim Zionis memburu anggota Hamas di Malaysia.

Malaysia berpendirian tegas tidak mengiktiraf kewujudan negeri Israel, sekaligus tidak mengiktiraf kewarganegaraan dan pasport Israel.

© Kosmo!



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker