Ketua Sekretariat Presiden kini pemangku Gabenor Jakarta

JAKARTA, Indonesia – Ketua Sekretariat Presiden, Heru Budi Hartono dipilih sebagai pemangku Gabenor Jakarta bagi menggantikan Anies Baswedan yang telah menamatkan penggal wajibnya, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.

Pelantikan yang ditetapkan oleh Presiden Joko Widodo itu dibuat selepas mempertimbangkan cadangan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Jakarta dan Kementerian Dalam Negeri.

Heru akan berkhidmat selama setahun dan boleh dilanjutkan setahun lagi jika khidmatnya masih diperlukan.

Dalam tempoh itu, beliau juga akan kekal sebagai Ketua Sekretariat Presiden.



Beliau berjanji akan bekerja keras memimpin Jakarta termasuk meneruskan beberapa program yang telah disusun oleh pendahulunya iaitu Anies..

Heru berkata, beliau akan mempertimbangkan beberapa arahan daripada Menteri Dalam Negeri Tito Karnavian dalam merangka program untuk 2023.

“Apa yang baik dan bermanfaat untuk masyarakat pasti saya teruskan. Saya akan kerja, kerja dan kerja,” kata Heru.

Pada kesempatan itu, Heru merakamkan ucapan terima kasih kepada Jokowi dan Tito atas kepercayaan tersebut.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker