Neymar hanya ikut arahan ayah

Barcelona: Bintang Brazil, Neymar Jr memberitahu mahkamah hari ini dia tidak menyertai proses rundingan perpindahan ke Barcelona dari Santos pada 2013 tetapi hanya menandatangani apa yang diarahkan bapanya.

Selain Neymar, 30, lapan lagi defendan terbabit dengan perbicaraan berkaitan rasuah dan penipuan dalam perpindahan itu termasuk ibubapanya, wakil kedua-dua kelab, bekas presiden Barca Josep Maria Bartomeu dan Sandro Rosell serta bekas presiden Santos, Odilio Rodrigues.

Kesemua defendan tidak mengaku terbabit dengan sebarang kesalahan.



“Saya tidak terbabit dalam proses rundingan. Ayah saya yang menguruskannya dan saya tandatangan apa yang diberitahunya kepada saya,” kata Neymar kepada mahkamah di Barcelona.

“Beraksi untuk Barcelona menjadi impian saya sejak kecil.”

Pihak pendakwa Sepanyol mahu Neymar dipenjara dua tahun dan denda 10 juta euro (RM46 juta) jika didapati bersalah. Mereka juga mahu Rosell dikenakan lima tahun penjara dan denda 8.4 juta euro (RM39 juta) kepada Barcelona.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button