RedMagic Pro 7S Pro, Telefon ‘Gaming’ Skrin Penuh Tanpa Takuk Dan Lubang

Nubia Red Magic 7S Pro telah dilancarkan dalam sebuah acara perasmian di Malaysia. Telefon gaming ini dilengkapkan dengan Snapdragon 8+ Gen 1 dan paparan 6.8 inci AMOLED yang menyokong kadar segar 120Hz dan 960Hz input sentuh.

Menariknya, paparan penuhnya yang tanpa sebarang takuk mahupun lubang dijayakan dengan beberapa teknologi seperti Multi-drive ACE Circut, cip UDC Pro, gelombang elektrod dan susunan piksel dalam bentuk ‘ding’.

Bateri dua sel 5000mAh padanya mampu dicas dengan kelajuan 65W. Lebih menarik, pengecas GaN 65W disertakan dalam kotak.

Untuk sistem penyejukan pula,  telefon ini mempunyai teknologi 10 lapisan pelbagai dimensi ICE 10.0 dengan kipas penyejukan 20,000rpm.



Di belakangnya pula ada 3 lensa terdiri daripada 64MP, 8MP sudut lebar dan 2MP makro. Kamera hadapan 16MP pula menjadi alat untuk swafoto.

Adat telefon gaming sekarang, kebanyakannya disertai picu di bahagian tepi untuk memudahkan pengguna bermain permainan tembak-menembak seperti PUBG. Picu atau trigger ini mempunyai kadar input sentuh 520Hz.

Bercakap tentang gaming, lampu RGB dinyalakan juga boleh diselaraskan.

Peranti ini menjalankan sistem operasi RedMagic OS 5.5 dengan binaan Android 12.0.



Selain itu, model 7S Pro ini juga mempunyai pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm, sokong 5G, NFC, Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.2.

Ia akan dijual bermula 29 Oktober 2022 melalui Lazada RedMagic, Teve, DirectD, Mobile To Go, Asia Mobile Supply, MMG Distribution, AI Space, Mobile Corner dan 7 Mobile.

  • 12/256GB – RM3,999
  • 18/512GB – RM4,999

RedMagic

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker