Ricciardo idam kembali beraksi pada 2024

Melbourne: Daniel Ricciardo berkata dia berhasrat untuk kembali beraksi di Formula Satu menjelang 2024 selepas ‘menekan butang berehat’ seketika pada tahun depan.

Pemandu Australia berusia 33 tahun itu yang memenangi perlumbaan sebanyak lapan kali, mencapai persetujuan bersama McLaren pada Ogos lalu untuk meninggalkan pasukan pada akhir kempen 2022.

Ricciardo mengesahkan bahawa walaupun gagal mendapatkan pasukan untuk beraksi pada musim depan, kerjayanya dalam F1 belum berakhir.



“Sudah tentu perancangan saya masih mahu terlibat dalam F1.

“Ia seperti menekan butang berhenti buat seketika, keinginan saya adalah untuk meneruskan karier di F1 pada 2024,” katanya kepada Mirror.

Ricciardo yang bakal beraksi di Grand Prix Amerika Syarikat Ahad ini di Austin, Texas, kini menduduki tempat ke-12 dalam kedudukan pemandu.

Kali terakhir dia meraih kemenangan adalah di Grand Prix Itali pada September 2021.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button