Leicester gah di King Power

Leicester, England: Leicester City meraih kemenangan kedua dalam aksi Liga Perdana (EPL) musim ini selepas menewaskan Leeds United 2-0 awal pagi tadi.

Kemenangan The Foxes itu diperolehi dalam tempoh 35 minit pertama hasil jaringan sendiri Robin Koch dan rembatan Harvey Barnes di Stadium King Power.

Leeds tampak kehabisan tenaga pada babak kedua yang menyaksikan penjaga gol tuan rumah Danny Ward hanya sekali menyelamatkan percubaan tepat pemain lawan apabila menampan rembatan jarak dekat Liam Cooper.



Kemenangan Leicester membolehkan mereka memintas pencabar East Midlands, Nottingham Forest di tangga ke-19 dengan lapan mata, satu mata di belakang Leeds di tangga ke-16.

“Ketika anda berada di kelompok bawahan, setiap mata amat berharga,” kata pemain tengah Leicester, Youri Tielemans kepada Amazon. “Kami menguasai bola sangat baik, mengasak kubu mereka dan itu yang kami perlukan.

“Setiap prestasi yang bagus meyakinkan kami dan kami boleh terus konsisten selepas ini.”

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button