Pengarah Program PPBM Perak Anggap PPBM Parti Sampah

Pengarah Program PPBM Perak Anggap PPBM Parti Sampah

Menggemparkan!!!

Ketika PRU 15 semakin hampir dan PPBM semakin kerap mendakwa bahawa parti mereka kian mendapat sokongan, tular pendedahan dari seorang bekas pemimpin PPBM.



Bekas Pengarah Program Penubuhan PPBM Perak, Suhairi Hj Jumain, yang mendakwa bahawa dirinya adalah salah seorang dari kumpulan penggerak awal PPBM Perak pada tahun 2016.

Dalam rakaman video yang berdurasi 4:10 saat itu, Suhairi menceritakan bagaimana beliau selama ini tertipu dengan slogan perjuangan PPBM yang sering dimomokkan pemimpin PPBM.

Beliau juga mendakwa ketika Muhyiddin mengambil alih kepimpinan PPBM, perjuangan parti tersebut telah bertukar arah.

Malah dakwa beliau lagi, perjuangan asal PPBM juga tidak mempunyai halatuju yang jelas.



Keadaan menjadi bertambah buruk di bawah kepimpinan Muhyiddin.

PPBM sebenarnya hanya berjuang untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri untuk pemimpin mereka.

Suhairi juga menjelaskan bahawa PPBM sebenarnya sebuah parti politik yang penuh dengan kepura-puraan dan mengamalkan dasar kronisma.

Suhairi menceritakan bagaimana budaya kleptokrat, rasuah, kronisma dan budaya samseng berleluasa di dalam parti PPBM.



Mengambil contoh isu pengkhianatan Muhyiddin ke atas Pakatan Harapan.

Bagi beliau itu aadalah bukti yang cukup jelas bagi beliau bagaimana pemimpin PPBM sebenarnya gila kuasa dan jawatan.

Tidak beliau nafikan segala tuduhan dan tohmahan Muhyiddin ke atas DS Najib selama ini hanyalah sebagai pemudahcara untuk beliau menjadi Perdana Menteri.

Atau dalam artikata yang lain, matlamat menghalalkan cara.



Penulis serahkan kepada pembaca untuk membuat penilaian terhadap pendedahan yang dibuat oleh Suhairi.

Namun bagi penulis, sebagaimana presiden UMNO pernah berkata:

“Parti yang naik atas dasar fitnah, pasti akan rebah dengan fitnah itu sendiri”.

 



Pengarah Program PPBM Perak Anggap PPBM Parti Sampah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button